Roh Mata Satu
Thursday, 24 January 2013 | 15:29 | 0 comments
Ahnyong~ rasa baru smlm je update kan blog ni. perasaan je kot. padahal x update nk dekat seminggu dh. HaHa. kali ni Girang nk share something yg best utk korg. klau tgkkan tajuk kat atas, memang seram! ya! seseram itulah Girang nk share kt korg. HaHa. benda ni bukan cara2 nk memuja or nk panggil makhluk halus ok. klau korg peminat manga seram Girang rekomenkan korg beli manga ni.
manga yg Girang maksudkan ialah Roh Mata Satu. secara keseluruhan dia ada 2 jilid semuanya. bg Girang, manga ni memang best sbb bole buatkan Girang rasa insaf kejap. walaupun Girang baru abis baca jilid 1, tp Girang dh dpt tahu apa yg penulis ni nk smpaikan. warning! korg yg 18 tahun ke bwh x digalakkan baca manga ni. so, fhm2 je la klau diwarningkan mcm 2. kira sgt seram la.
sinopsis simple dpt Girang bg ialah mengisahkan seorg gadis yg telah mati dlm keadaan x tenang. gadis 2 bole menunaikan sume hajat yg dibuat di sebuah kuil, iaitu Kuil Shinto. sesiapa yg menulis hajat di atas kain pembalut dan disimpulkan di kuil tersebut pasti akan dimakbulkan.
Roh Mata Satu jilid 1 dan 2. |
dlm manga ni, kebanyakan bila dh dpt benda yg dihajati, dorg mula lupa diri! maka, hajat itu akan memankan dirinya sendiri. sebgai contoh Girang berikan, seorg gadis bernama Kagami Kyono, dia mempunyai muka yg sgt hodoh dan sering diejek rakan sekelas sehinggakan org yg dia minati, Sakaguchi-kun pun mengejeknya juga. bermula saat itu, dia telah terjumpa Kuil Shinto lalu menulis hajatnya disitu iaitu "Jadikan Aku Cantik". hajatnya dimakbulkan. tetapi, dia mula lupa akan syarat2 semasa dia membuat hajat tempoh hari. maka, hajat itu memakan dirinya sendiri dan mukanya menjd spt zombie! lebih hodoh dr seblomnya. OMG. seram gile masa ni.
penghajat akan tahu bila dia akan terjumpa Kuil Shinto adalah selepas rama2 hitam terbang kpd dia. slepas itu, barulah dia akan 6pak kuil tersebut. slepas hajat dimakbulkan, penghajat akan mendpt brg milik roh gadis itu. apabila menggunakan brg itu, barulah hajat itu betul2 terjd. selepas penghajat dpt brg2 tersebut, pasti ayat "Agaknya, takdir apanya yg menanti dia?" diucapkan oleh gadis itu. apabila setiap hajat itu berakhir pula, pasti ayat "Semuanya berlaku seperti awak inginkan" kluar. itulah ayat dr gadis malang yg mati dlm keadaan x tenang yg dikenali sbg Roh Mata Satu!
mcm ni la lebih kurang muka Kagami Kyono bila hajatnya mermakan dirinya sendiri. seram kot! |
seram juga tengkuk bila baca time malam hari. tp apa yg bagus manga ni, dia mengajar Girang supaya bersyukur dgn apa yg Girang ada. x perlu lebih2 dlm kehidupan ni. simple is better. walau apa terjd, kita mesti harunginya dgn tabah dan bhgia. x sabar meh nk baca jilid ke 2 lak. HuHu. so, korg patut rembat manga best dr Kohaku Naoto ni. korg rasailah sendiri pengalaman ini. kadang kala cerita yg digambarkan dekat dgn masyarakat sekeliling. happy reading! jumpa lg. bye!