Wax Rambut Super Saiyan
Thursday, 7 August 2014 | 18:21 | 0 comments
Ahnyonghaseyo~ lelaki dengan wax rambut memang tak boleh terpisah. Lebih-lebih lagi zaman sekarang ni. Ye lah macam-macam style rambut digayakan. Aku pun tak terkecuali dari kelompok itu. Memang kalau guna minyak rambut biasa konfem-konfem tak jadi kalau nak buat style Wak Doyok kan. Asal sleek sikit, pacak balik. Buat lagi and makin banyak pula pacaknya. Memang stress bai kalau cemni terus.
As a teenager nowaday, kita perlu buat style rambut yang sesuai dengan kita. Barulah nampak lain dan fashionable. Aku tengok sekarang lelaki-lelaki masih mengabaikan rambutnya. Aku tengok such a boring man. Tak tahu lah aku kalau girl yang tengok. Kamon beb! Ubah style sikit biar ada gaya. Baru nampak fresh dan yakin. Lebih-lebih lagi masa jalan depan awek cun.
Sebut sahaja pasal wax, ada yang cakap tak payah guna! Bukannya betul and menipu je. Buat gaya rambut cam retis last-last kena tiup angin, brrruuuu, serabai. Yes! Memang tak jadi kalau you beli wax tanpa tengok direction dia. Asal tengok okay je terus ambil. Konfem-konfem menghabiskan duit. Sekarangkan banyak wax yang dikhususkan untuk pelbagai potongan rambut dan style. Ada wax untuk rambut panjang, rambut pendek, nak buat style Goku ke, nak shining dia lebih or tak. Memang banyak. Korang kena betul-betul ambil tahu pasal rambut korang and style apa yang korang nak. Barulah menjadi.
Last kalau nak lebih cool lagi, korang kena guna hair spray untuk kekalkan momentum rambut itu. Kalau ditiup ribut sekalipun, memang tak bergerak and stail tetap ada wave. Huhuhu. Oh ya! Aku ada tengok dalam laman web apa entah tentang wax super saiyan! Nak tergelak pun ada but it's reality! Memang gempak siaa kalau ada jual kat Malaysia ni. Konfem aku beli. Packaging pun awesome dengan bentuk bintang dragon ball. Sekali pakai aku rasa memang terpacak seminggu. Ahaha. Hope lepas ni korang lebih prihatin terhadap rambut korang. Jangan dicop penjenayah rambut sebab abaikan rambut without any style. Tak nak buat style pun letaklah sikit minyak rambut asalkan orang tengok ada gaya. Ini tak macam pelarian tak mandi 7 bulan! Please lahh.
Posted via Blogaway