Cinta Teragung Mereka
Saturday, 7 April 2012 | 10:05 | 0 comments
Assalamualaikum + Ahnyonghaseyo. lihat pd tajuk entri kali ni, 6pak sgt Girang nk berckp pasal cinta. yes! nk beckp psl cinta. remaja hari ni bila beckp je psl cinta, laju je beri pendpt masing2. HU HU HU tp, bila beckp psl penubuhan negara Malaysia, abis sume pakat lari. HA HA HA btw, korg percaya pd cinta pandang pertama? adakah korg percaya cinta korg itu akan berkekalan smpai bila2? Girang pun tdk arif psl ni, tp sbg remaja, cinta adalah subjektif dan ia berlainan utk setiap org. disini Girang sertakan kisah cinta yg terkenal dlm lipatan sejarah dan kesusteraan dunia. cinta mereka ini tlah menarik minat Girang utk mengenali apa itu cinta. sumenya boleh jd jika adanya CINTA. cekidout!
1) Romeo dan Juliet
sape x kenal Romeo dan Juliet kan? cinta mrk adalh sgt terkenal dan bila berckp psl cinta, pasti nama mrk akan ada dlm list sejarah cinta. mrk sgt sinonim dlm cinta. kematian sblom waktunya. ye! itulah penangan cinta yg digarap oleh William Shakespeare. cinta pndang pertama yg penuh tragis.
2) Mark Antony dan Cleopatra
cinta mrk sgt menarik dan paling diingati. Hubungan cinta Mark Antony adalah ujian sbenar dlm percintaan. cinta mrk juga cinta pndang pertama. cinta mrk pd masa itu membuatkan negara Mesir menjd kuat dan berpengaruh lebih2 lg stelah mrk berkahwin. dikatakan semasa berperang menentang Rom, Mark Antony tlah mendpt berita palsu tentang kematian Cleopatra. ini membuatkan Mark Antony kalah dan mati dlm peperangan itu. apabila Cleopatra belajar tentang kematian suaminya, dia tlah mengambil kehidupannya sendiri tanpa suami disisi. memang benar, cinta memerlukan pengorbanan besar!
3) Majnun dan Laila
dlm lagenda arab, cinta mrk tlah terpahat sbg cinta yg tragis dan tdk kesampaian. semasa di sekolah lg cinta mrk berputik. setelah itu, mrk tdk lg dibenarkan berjumpa antara satu sama lain. ini membuatkan Qaisy menderita sehinggakan membawa diri ke pdg pasir. semenjak itu dia mengabaikan makn dn minum sehinggakan menjd kurus. oleh sebb itu, dia dikenali sbg Majnun iaitu gila. disana Qaisy tlah berkwn dgn org Badwi yg berjanji utk mengambil Laila melalui peperangan. stelah suku kaum Laila kalah, bapanya skali lg tdk membenarkan Laila berkahwin dgn Qaisy krn tingkah laku Qaisy spt org gila. stelah kematian suami Laila, skali lg mrk tdk pernah bersatu dan berdamai. hanya bila ke-dua2-nya mati, mrk disemadikan sebelah menyebelah. jelas cerita ini mengambarkan kerinduan jiwa yg tinggi ygberakhir dgn kematian.
4) Salim dan Anarkali
anak kpd Maharaja Akbar Mughal, Salim tlah jatuh cinta kpd Anarkali yg seorg pelacur cantik. ini membuatkan Akbal mughal marah dan tdk dpt menerima hakikat yg anaknya bercinta dgn pelacur. pelbagai cara yg tlah dilakukan olehnya utk menjauh kan Anarkali drp anaknya. apabila Salim tahu semua itu, Salim tlah mengisytiharkan perang terhdp bapanya sndiri. dlm peperangan itu, Salim kalah dan dihukum mati. Anarkali tlah menyampur tgn demi menyelamatkan kekasih hatinya drp dihukum mati. disebbkan itu, Anarkali tlah ditanam hidup2 didlm tembok batu di depan mata Salim.
5) Shah Jahan dan Mumtaz Mahal
pd tahun 1612, seorg gadis yg bernama Arjumand Banu tlah berkahwin dgn pemerintah ke-5 Empayar Mughal, Shah Jahan. slepas isterinya meninggal dunia pd tahun 1629, Shah Jahan sgt sedih dan berkecil hati sekaligus memutuskan utk mencipta tugu cintanya bersama isterinya iaitu Taj Mahal. tugu ini siap dlm tempoh hampir 20 tahun. Shah Jahan juga tdk dpt menyelesaikan makam marmar hitam yg dia merancang utk dirinya. stelah dipecat oleh anaknya sendiri, Shah Jahan tlah dipenjarakan di Red Fort of Agra. disitulah dia menghabiskan masa kesepiannya smbil melihat tugu isterinya merentasi Sungai Jamuna. Shah Jahan akhirnya dikuburkan bersebelaha makam isterinya. inilah kisah cinta sejati seorg suami kpd isterinya.
bg Girang inilah 5 kisah cinta yg amat menarik dan tragis telah berlaku. sbnrnya byk lg kisah cinta spt Lancelot dan Guinevere, Tristan dan Isolde, Paris dan Helena, Orpheus dan Eurydice, Napoleon dan Josephine, Odysseus dan Penolope, Paolo dan Francesca dan ramai lg. tp, cinta mereka tdk seindah cinta mereka berlima. tetapi, cinta kpd Allah lah yg kekal abadi. thanks 4 reading n enjoy ur holiday. bye~
Nak join segmen terbaru Girang? Klik sini SEGMEN : Siri Jelajah BLOG, LET'S FLY
Bagi sokongan sbg masyarakat yang prihatin. Klik sini Walk For Autism
Bagi sokongan korang utk projek ini. Klik sini Early Autism Project Malaysia