Encik Mimpi Ialah Exo Kris?
Thursday, 14 August 2014 | 19:28 | 0 comments
Ahnyonghaseyo. Siapa kenal Encik Mimpi sila pergi tidur and siapa tak kenal tu boleh terjun dari katil. Ahaha. Anyway, aku dari kemunculan awal dia lagi ter-tanya2 siapa Encik Mimpi sebenarnya. Ye lah tiba2 muncul dengan pakai mask putih and katanya nak dikenali dengan nama Encik Mimpi (em). Sangat misteri! Aku rasa dah macam masuk misteri nusantara dah. Ahaha. Dalam blog em dia ada introduce tentang dirinya but still have mystery.
Katanya, "Aku seorang lelaki biasa yang minat bermain muzika dan suka menyampaikan perasaan atau pendapat melalui seni muzik aku sendiri. Aku suka menulis lagu dan melalak berseorangan ditemani gitar akustik buruk aku. Aku takde la hebat mana pon bergitar, tapi macho lah jugak. So kalau suka, dengar. Tak suka, senyap sudah. :-)"
Kalau sebut mimpi ni, ia datang masa kita tidur dan semua orang merasainya. Bila terjaga, bushhh~~ hilang. Kalau nak jumpa mimpi lagi kena tidur balik. So, Encik Mimpi ni macam tu agaknya. Datangnya secara misteri dan senyap dan orang tak akan tahu. Tiba2 ada je but kita tak boleh tengok. Bagi aku em ni perwatakannya sama dengan Mask Tuxedo dalam Sailormoon tu. Penuh dengan misteri dan romantik! Bila masa Sailormoon dalam kesusahan, dia akan datang. Dahlah datang dengan penuh gentlemen. Patutlah ramai girl cair dengan dia. em pun tak terkecuali.
Masa aku on Instagram, aku tertarik dengan post seorang peminatnya (maybe), dia ada post wallpaper phonenya yang ada gambar Exo dan Encik Mimpi. Lanjutan sila tengok gambar di bawah okay. Budak tu ada mention Encik Mimpi and bertuahnya, Encik Mimpi reply post dia tu. Bertuah kau dik artis misteri reply kau punya post. Hmm.
Budak tu letak caption "Dsebalik exo terselit @enc1kmimpi □□□□ #encikmimpi #exo #exofan #exom #exok #exol"
Then, em pun komen, "Sbnanya em la kris, cuma org slalu silap em dgn sehun"
Ahahaha~~ betul ke ni em? Kalau betul tak boleh tidur aku malam ni? Dah lah aku ni Exo-L. Aishhh~~ seriuosly aku terkejut baca komen dia but at the same time nak tergelak pun ada. Ini merupakan pengakuan berani mati em kepada peminatnya! Ahaha~
Mask Tuxedo --> Encik Mimpi <-- Kris Exo. Adakah orang yang sama? JENG! JENG! JENG! Masih lagi misteri. Kena panggil krew Misteri Nusantara ataupun National Georgraphic untuk rungkaikan misteri Encik Mimpi ini.
Posted via Blogaway