I Am Free
Sunday, 8 September 2013 | 00:50 | 0 comments
Ahnyonghaseyo~ aku sekarang ni totally free. Bila dah jadi macam ni, maknanya banyak la masa terluang dan terbuang yang aku ada. Walaupon begitu, aku tak sia2 kan masa emas aku tu. Aku sekarang ni tengah berusaha keras untuk habiskan membaca majalah2 yang bertimbun yang aku tak sempat baca sebelum ni. Majalah isu 2 bulan lepas pon masih tak baca lagi. Huhu. Bila dah ada masa berguna cemni, baru la sempat aku nak baca sume. Huhu.
Selain majalah, ada gak novel yang aku tak baca. Novel Pengantin Ekspres yang aku tak sempat abis baca sebelum ni dapat jugak aku abiskan. Itu pon setelah mengambil masa selama 6 bulan. Haha. Inilah novel yang paling lama untuk aku abiskan. Sekarang ni, aku ngah baca novel Aduhai, Mat Skema!. Baru mukasurat 100 kot. Haha. Novel2 ni sume aku beli menggunakan Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) aritu. Hope aku dapat selesaikan bacaan aku sebelum bulan Oktober ni.
Aku appreciate sangat2 masa terluang yang aku miliki ni. Bukan mudah nak goyang kaki sambil tak buat apa2 ni. Hanya yang profesional yang boleh buat. Macam aku. Haha. Sebab itu aku enjoy every seconds. Aku pun tak tahu lepas ni ada tak masa rehat untuk aku ni. Bila dah ada ni, aku akan guna sebaik mungkin dan melakukan semua aktiviti aku yang sebelum ni terbantut kerana fokus pada kerja aku. Im free. Carefree. Huhu.