LUHAN Wifeu


“don't give up on your dreams and keep working towards it.” – Luhan

Birthday Party Anna Nuna
Friday, 6 September 2013 | 02:39 | 0 comments

Ahnyonghaseyo~ tak terlewat bagi aku untuk mengucapkan sejuta kali lagi ucapan selamat hari lahir kepada sahabat aku, Anna Nuna! Aku telah menghadiri birthday party dia yang telah di adakan di The Chicken Rice Shop KBMall hari Selasa lepas. Mungkin dah basi pun entry ni tapi aku tetap nak cerita pasal ni sebelum terlebih basi menjadi bubur basi. Haha.

mana entah aku tengok. Huhu.


Macam biasa aku sampai awal dari dorang. Bukannya aku eksaited ke apa, tapi dorang ni sampai lewat. Memula, kitorang pegi Secret Recipe untuk beli birthday cake. Bila dah setel beli kek semua, barulah kitorang gerak ke The Chicken Rice Shop. Tak tahu aku kenapa pilih The Chicken Rice Shop. Maybe kedai ni bukan sekadar nasi ayam kot. Huahuahua. Aku kan sama spesies dengan SHINee Onew yang gilakan ayam. Of course la aku cadangkan kedai ni. Nasib baik dorang setuju tanpa banyak cakap. Huhu. Sahabat sejati tahu apa yang sahabat dia nak. AYAM! Haha.

Bila sampai je sana, aku tanpa rasa segan silu terus keluarkan tab note aku untuk amik gambar kitorang. Macam2 gaya aku buat. Biasa la nk amik shoot yang terbaik. Lagipun tahap kemaluan aku rendah bila semua customer tengok aku bergaya sakan amik gambar. Nak malu apanya kan. Bukan kita kenal dorang pun. Paling annoying pun dorang buat jelingan mata je. Tak pun bercakap sesama sendiri. Kira ok lettew daripada membunuh saat2 bahagia kitorang. Huhu.

actually aku nak buat peace. Tapi cemni jadinya. Haha. Fotogenik Kak Tasha buat duckface. Amik kaww. Haha.


Pelayan kedai ni bukan main mesra lagi. Aku bole bagi 4 suku bintang la. Itu pun sebab kegedikan dia yang manja tu membuatkan aku nak korek hidung sampai berdarah. Tapi apa yang sporting pelayan dia ialah dia sudi amik gambar kitorang bersama. Terima kasih sebab sudi ambilkan. Kitorang ada bagi sepotong kek kat dia sebagai tips, tapi dia tak nak. Lahai ruginya bang. Sedap dan mahal kek kitorang ni. Huhu.

Apa yang aku suka makanan kat sini ialah nasi ayam dia memang lembut. Rasanya mak cik and pak cik yang ada masalah gigi palsu bole makan dengan jayanya dengan gusi je. Dah la ayam dia betul2 rasa ayam. Selesai je makan, acara memotong kek pun dimulakan. Oleh kerana nak tunjuk perfect dalam gambar, kitorang terpaksa nyalakan beberapa kali lilin sampaikan nak abis lilin tu. Api lilin tu kitorang mintak dengan pelayan dia. Maklum la kan kitorang ni jenis jaga kesihatan, tak merokok. Tats why lighter x de. Huhu.

with birthday girl, Anna Nuna.



Birthday party ni gak dapat eratkan lagi persahabatan kitorang. Apa yang aku tak sangka, Kak Tasha sekarang ni dah pregnant 5 bulan. Macam tak percaya pulak aku. Huhu. Tahniah mama muda. Walaupon pregnant Kak Tasha still nampak vogeh and gila2 macam dulu. Eksaited aku dapat jumpa dorang balik. Perangai still macam dulu. Sindrom menggila sentiasa ada.

Lepas selesai party, kitorang pegi shopping kejap. Dorang nak cari baju untuk pakai masa dinner nanti. Susah doe nak cari pakaian tema back to school ni. Nasib baik jumpa walaupon dah tawaf KBMall lebih dari tujuh kali. Huhu. Aku nak ucapkan terima kasih kat korang sebab sudi ajak aku untuk memeriahkan majlis ni. Dan paling spesel thanks ialah sebab belanja aku. Huhu. Ingatkan aku yang kena bayar. Rupa2-nya makan percuma. Yeah! Menyesal aku tak order banyak2. Haha. To Anna Nuna, Sweet 21. Semoga murah rezeki dan dipanjangkan umur. Segala impian menjadi kenyataan dan berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat. Amin. Happy Birthday again! Congratulation.