Keep Calm And Support Morsi
Tuesday, 17 September 2013 | 16:55 | 0 comments
Entri kali ni aku nak bercakap pasal baju yang aku pakai ni. Baju kuning yang kool ni. Walaupon simple, tapi mempunyai erti yang mendalam tau. Tadi masa aku kuar aku pakai la baju ni. Sekali ramai orang pandang daa. Aku pon pelik gak kenapa macam tu sekali dorang pandang aku. Salah aku ke? Hmm lantak la asalkan aku support Morsi. Huhu. Kot2 dorang ingat aku puak pengganas dari Mesir yang belindung di sini. Ah choyy la.
Aku beli baju ni secara online. Masa tu aku ngah cari baju kaler kuning. Tak sangka pula bila aku buka FB, terpampang iklan pasal baju ni. So tanpa berlengah aku terus buat order. Apa yang menarik lagi sebab ada tulisan Keep Calm And Support Morsi tu sendiri. Dia cakap baju ni dicetak hanya 200 helai je. Kiranya aku ni bertuah la dapat satu. Dia kata lagi tak ada jual di mana2 kedai di Malaysia. Hanya kat situ je ada. Kiranya limited edition la ni. Huhu.
Harga dia pon murah. RM30 sekali dengan kos penghantaran. Harga biasa dia cakap RM40. Aku just angguk setuju je bila baca penerangan dari dorang. Mesti korang tertanyakan kenapa aku beli baju ni. Okey, 1st sebab dia kaler kuning yang aku cari tu. 2nd sebab ada Keep Calm And Support Morsi. Biasanya Keep Calm And Support Kpop la, Infinite la dan lain2. 3rd sebagai sokongan aku untuk Morsi dan Mesir. Hanya support cemni la yang aku bole bagi. Nak pegi Mesir takot pulak kan. Hanya ini je aku dapat suarakan suara merdu limited aku ni. Hihi.
Selain aku dapat baju ni, dorang gak bagi button sebagai free gift. Button "R4BIA Support From Malaysia". Aku lupa pula apa nama FB yang jual baju ni. Dari business card yang dorang bagi ialah IDEA MASTER Creation Sdn Bhd. Korang bole email Hafizi Zain di hafizi@ideamaster.com.my untuk maklumat lanjut. Seriusly aku suka baju ni. Kool dan gempak!
Menyemak je kan. Hihi. |