Mamat Skema Dan Miss Troublemaker
Sunday, 15 September 2013 | 00:52 | 0 comments
"suara pembaca berita tiba2 digantikan dengan lagu Can't We Just Love nyanyian kumpulan A-Pink". Ada unsur2 Kpop disitu. Hihi. |
Ahnyonghaseyo~ finally aku habis juga baca novel Aduhai, Mat Skema! Karya Levis Delisya. Overall novel ni memang best dan ending dia pun tak sama dengan kebanyakkan novel lain. Special ending bagi aku sebab akhir2 tu dia letak unsur sedih dan sayu. Alah senang cite, babak air mata la. Aku suka cemni. Babak air mata and then happy ending. Aku amik masa 2 minggu je habiskan novel ni, cepat tak? Haha. Rekod menghabiskan novel terbaik aku setakat ni.
Sebelum ni aku penah baca novel pertama novelis ni iaitu Influenza Cinta. Oleh sebab novel tu memang bagi aku 98% berjiwa remaja dan ayat2 dia pon sempoi dan karangan yang tak menjela-jela, so aku decide beli novel kedua dia pula. Memang berbaloi dengan berbelanja dengan Baucer Buku 1Malaysia aku beli novel ni.
Ayat dalam novel ni yang sampai sekarang aku gelak ialah "sindrom anak sulung", "boxer Spongebob", "teknik meniru kerja rumah", "tahi lalat berbulu Cikgu Fauziah" and banyak lagi membuatkan aku gelak golek2. Omaigad! Dari mana la idea bernas dan kelakar tahap tujuh keturunan ni novelis ni dapat? Aku tabik cam orang dalam bungkusan kopi o cap tabik tu. Memang novelis ni mempunyai daya imaginasi yang cukul cemerlang! Tahniah dari aku.
Masa zaman sekolah, Nur Hanna Ikhman memang banyak bagi masalah kepada pihak sekolah. Walaupon macam tu, aku cam suka je cara kehidupan dia. Relax and steady. Aku macam nak jumpa je Hanna dalam dunia realiti. Kemungkinan besar yang cite ni semuanya pengalaman dari penulis tak? Hurmm~ munasabah jugak kan. Permulaan cite dah buat aku nak baca lagi dan lagi dan lagi. Sebab tu la cepat sangat aku habiskan baca novel ni. Perasaan nak tahu tu ditarik ke muka surat seterusnya. Kalau tak baca, rasa cam tak puas ati pulak. Hmm~ pandai novelis ni tarik perhatian aku.
Aku rasa, aku dengan Hanna ni sama je kot. Aku pon tak suka gak dengan budak skema ni. Rimas dengan idealogi dia yang 100% mengikut peraturan dan kadang kala buat aku stress. So, kat sini aku bole menyelami perasaan Hanna yang menyusahkan ni. Btw, tengah2 konflik novel ni iaitu masalah andartu and ada scene thriller tu bagi aku mendatar je. Aksi romantis tu bole tahan la. Aku suke. Sweet and macam perlakuan masyarakat je dalam adegan yang ingin ditonjolkan.
Bila masuk je bab ending ni, mula lah rasa suspen tu datang. Perasaan sedih and sakit ati mula bercampur baur. Aku sendiri sakit ati dengan perangai Fariz. Terlalu lurus dengan peraturan. Encik Polis yang skema gile. Nasib baik ada Moja buatkan bacaan aku hepi dan tak de tekanan. Aizat Inderawan pulak 1st time aku suke dengan watak dia. Romantis dan pencinta wanita. Kaya tapi last2 out lah. Tak suka.
Panjang pulak rumusan aku untuk novel ni. Haha. Kalau nak tahu ending dia cemna beli sendiri ok. Tak best dengar je kalau tak baca sendiri. Tak de feel. Cinta komedi antara Mamat Skema dengan Miss Troublemaker plus huluran cinta dari Si Kaya Hammer. Pastu ditambah pula kawan2 yang sengal Zikri dan Sofea dan si lurus bendul Mujahid Moja Mojacko. Memang perfect novel ni. Tak sabar nak tunggu novel ketiga novelis ni.