LUHAN Wifeu


“don't give up on your dreams and keep working towards it.” – Luhan

Korea I'm In Love
Sunday, 15 September 2013 | 17:34 | 4 comments



Ahnyonghaseyo~ happy weekend all. Hujung minggu cemni mesti korang isikan dengan pelbagai aktiviti menarik kan? Paling tak pon duk hadap Facebook sejak bangun dari tido kan? Tak pon yang lebih berfaedah sikit layan Kdrama or Running Man. Biasa la sekarangkan zaman Running Man. Sikit2 Sparta, sikit2 LeeSsangkan. Faham sangat dah. Hihi.

Aktiviti aku arini simple je. Aku just pegi Tesco. Pusing2 tengok gelagat khalayak. Motif sebenar aku pegi sana sebab aku nak pegi cari sampul surat and majalah. Sekarangkan dah nak masuk tengah bulan, so majalah feveret aku konfem dah kuar. Memang jangkaan aku tak meleset. Sume majalah feveret aku dah kuar. So apa lagi, terus je rembat. Huhu.

Masa aku ngah rembat majalah tu, aku muka terfikir nak beli sebuah novel. Ye la novel aku sebelum ni pon dah abis dibaca semalam. So, aku usha2 la novel. Memang lama gile aku usha. Dekat 45mins. Ahh~ memang gile. Sampaikan jurujual naik syak pula. Mesti dia cakap aku lama2 kat kedai dia sebab nak aircond. Ohh sorry la jah kedai kau ni tak sejuk pon. Panas ada la. Aku pula rasa tak selesa berlama-lama kat dalam tu. Tapi disebabkan sebuah novel, aku tetap tahan walaupon ketiak aku ni mula basah. Nasib baik pakai Rexona 48hours protection uolls kalau tak aku sendiri mati bau natural tu. Haha.



Aku amik letak, amik letak, amik letak. Lebih dari 100 kali aku buat cemtu. Baca tajuk je mampu itu pon just jeling2 je. Susah jugak kan nak cari novel menepati citarasa aku ni. Last2, tejumpa jugak. Nasib baik ada. Dari beratus-ratus novel yang ada, aku pilih novel Korea I'm In Love karya Zuliana Abuas. Mesti korang cakap pilih novel ni sebab ada perkataan Korea kan? Haa~ memang pon. Sebab Korea.

Bila baca sinopsis je aku rasa eksaited tahap dapat peluk Ji Hyo. Huhu. So far novel ni best sangat. Baru 32 muka surat aku baca. Tapi rasa cam nak pegi ke Korea. Hihi. All about Korea. Kpop, Suju, Dream High and banyak lagi ada dalam novel ni. 6ti la kalau aku dah abis baca novel ni, aku buat review ok.

Oh ya, harini birthday maknae Jung Shin si basisst CNBlue! Dah besar rupanya budak ni. Cepat betul masa berlalu. Huhu. #Happy23Jungshin oppa!  you looks matured than Minhyuk. Hewhew~ Have a blast and God bless xoxo.

|Twitter@sherlyeoja| we definitely love you. #Happy23Jungshin .