Penting Ke Masa?
Sunday, 17 August 2014 | 19:24 | 0 comments
Ahnyonghaseyo. Sekarang ni kalau korang perasan, sekejap je kan masa berlalu. Sekarang ni pun dah masuk bulan Ogos, dan tinggal beberapa bulan lagi 2014 akan habis. Rasa sekejap je. Walaupun kita berbual berbuih mulut rasa sekejap je but sekelip mata banyak masa kita sudah habiskan. Sama juga dengan benda2 lain.
Kalau nak define masa ini rasanya korang dah tahu. Tapi sekerap mana orang pandai hargai masa. Masa sekolah haritu cikgu aku ada bagitahu yang masa itu emas. Walaupun emas dia sangat bahaya sebab boleh makan diri kita. Ustazah aku pula cakap yang masa itu ibarat di hujung pedang. Kalau kita tak pandai ambil masa dekat hujung pedang tu, kita akan tercedera terkena pedang tu. Hmm~~ memang betul kan? Walaupun kita tak nampak masa tu, dia tetap berpusing tanpa henti dan tak hiraukan kita semua. Jahat juga kan masa ni? Selfish! Tapi apakan daya memang itu sifat dia sedari azali lagi.
Tambah cikgu aku lagi, kalau kita hargai masa, kita akan dapat masa yang kita hargai itu suatu hari nanti. Aku tidak tahu sejauh mana betulnya statement cikgu aku ni. Aku rasa cikgu aku cakap berdasarkan pengalaman dia kot. Tapi aku yakin masa akan hargai kita balik kalau kita hargai dia. Cikgu aku ada beri contoh negara maju Jepun, masyarakatnya sangat menghargai masa. Semua perkara harian mereka dilakukan dengan cepat dan on time! Tidak hairanlah sambil berjalan pun diorang makan, sambil duduk tunggu bas pun diorang membaca. Kehidupan dorang memang pentingkan masa sehinggakan dorang selalu berusaha dan tidak bazirkan masa sewenangnya. Tidak hairanlah negara dorang maju sebab mempunyai rakyat yang proaktif dan berwawasan.
Lecturer aku juga ada menyebut sesiapa yang membuatkan orang tertunggu dia sehinggakan membuangkan masa tanpa sebab munasabah akan mendapat balasan yang sama. Its sound like karma. Masa itu tadi akan terkena balik kepadanya dengan situasi berbeza. Contohnya lambat boleh pekerjaan walaupun ada pointer kalah pemenang Nobel, lambat kahwin atau saat2 bahagia atau saat lain akan terbantut dan rasa sekejap je. Kiranya dibayar dengan masa dia berjanji dengan seseorang tadi. Hmm~ takut juga aku dengar bila dia kata cemtu. That why, aku selalu berusaha tepati masa dan kalau lewat sikit, aku akan call orang tu supaya dia tahu kenapa aku lewat dan tidak berfikiran buruk terhadap aku.
Ada satu hari member aku show off jam baru dia. Jenama apa entah tapi look like mahal lah. Tapi aku rasa tak mahal pun barang China kot. Agagaga. Dia macam nada berbangga dengan aku kata jam dia mahal bla bla bla sedangkan aku just pakai jam teddy bear pasar malam. Tapi tak kisah kot janji comel. Ahahaha~~ Aku kata dekat dia, pakailah jam emas sekalipun masa sama je kot. Try kau tengok masa jam kau sama tak dengan aku? Kalau beza pun just saat je. Tak hairanlah aku. Terus dia terdiam! Then aku tambah, jam mahal tapi tak hargai masa buat apa. Masa lebih mahal dari jam lah.
Aku sudah banyak kali terkena dengan orang munafik sebab berjanji tak ditunaikan. Kata nak jumpa sekian sekian pukul sekian sekian last2 aku juga tertunggu macam tengkorak. Lebih sakit hati aku ada menunggu orang lebih dari satu jam! Aku jenis sifat mulia akan sampai awal 5 minit supaya aku dapat bersedia dengan perjumpaan tu. Tapi bila dah banyak kali terkena cemni aku rasa sucking jugalah. Aku pernah terfikir kenapa orang tak hargai masa tu sedangkan aku ber-ia2 hargainya? Sometime aku rasa tak nak jadi dah orang yang sharp. Tak ada orang nak hargai kot. Tapi tak boleh nak buang sebab dah macam habit.
Masa walapun kita tak ambil kisah dia, dia lagilah tak ambil kisah dengan kita. Setiap saat yang terdetik, umur kita akan bertambah, Bumi akan bergerak, dunia akan berubah, dan macam2 lagilah. Tengok betapa kuasanya masa. Orang bodoh je akan sia2-kan masa ni sebab setiap detik, ia tak boleh diundur. Kalau boleh pun tak akan sama. Contohnya, aku yang taip entri ni. Kalaulah aku tak save, konfem2 akan hilang and kalau aku type balik pun tak akan sama dengan yang asal. Sama jugalah dengan kehidupan kita. Sebab tu orang kata life must go on. Kena bergerak. Bergerak maksudnya ke depan bukan kebelakang. So, apa yang korang dah lakukan dengan masa? Adakah korang hargainya atau sebaliknya atau tak ambil peduli langsung? Rasanya kalau betul masa itu emas, konfem korang yang selalu buang masa ni dah kaya sangat sebab selalu buang emas. Orang gila dan tak ada otak je buang emas ni. Maybe aku boleh panggil korang orang kaya bangang abadi? Huhuhu.
As a penutup, aku nak share aku punya Top 3 menara jam popular dunia. So cekidout!
1) Makkah Clock Tower.
> Mempunyai ketinggian 601 meter yang terletak di kompleks milik kerajaan Makkah, Arab Saudi. Permukaan jamnya 43 meter persegi setiap satu dan terbesar di dunia!
> Mempunyai ketinggian 601 meter yang terletak di kompleks milik kerajaan Makkah, Arab Saudi. Permukaan jamnya 43 meter persegi setiap satu dan terbesar di dunia!
2) Big Ben Elizabeth Tower.
> Merupakan mercu tanda paling terkenal di Eropah dan menjadi Top10 tempat patut dilawati di England. Ia siap dibina pada tahun 1858 dan menjadi menara keempat tertinggi di dunia.
> Merupakan mercu tanda paling terkenal di Eropah dan menjadi Top10 tempat patut dilawati di England. Ia siap dibina pada tahun 1858 dan menjadi menara keempat tertinggi di dunia.
3) Philadelphia City Hall.
> Berketinggian 167 meter dan terletak di Amerika Syarikat. Mempunyai empat jam disetiap penjuru berdiameter 8 meter. Juga pernah menjadi bangunan tertinggi dunia dari 1901 hingga 1908.
> Berketinggian 167 meter dan terletak di Amerika Syarikat. Mempunyai empat jam disetiap penjuru berdiameter 8 meter. Juga pernah menjadi bangunan tertinggi dunia dari 1901 hingga 1908.
Posted via Blogaway