LUHAN Wifeu


“don't give up on your dreams and keep working towards it.” – Luhan

Terima Kasih Sangat Penting Dalam Kehidupan
Friday 29 August 2014 | 08:01 | 0 comments



Ahnyonghaseyo~~ Sekarang ini ungkapan terima kasih susah untuk ditutur oleh kebanyakan masyarakat kita. Ibarat perkataan itu seperti merendahkan diri si penyebut. Ada juga yang tidak endah dengan perkataan ini. Walaupun ia hanya perkataan, tetapi ia sebenarnya sangat bernilai. Jika kita hidup bermasyarakat, terima kasih perlu menghiasi bibir kita bila kita telah mendapat pertolongan dari orang lain atau apa2 sahaja yang menyenangkan harian kita seperti orang memuji kita cantik san sebagainya. Ia menunjukkan kita bahawa kita sangat menghargai pertolongan dan kata2 manis orang tersebut!

Aku ada membaca satu temubual bersama Nagasawa Masami seorang aktres dari Jepun yang sekarang ini popular dalam drama <Wakamonotachi 2014> bersama Tsumabuki Satoshi dan Eita. Ditanya apa ungkapan sangat penting baginya dalam kehidupan seharian, dan katanya:

"Setiap kali menerima pujian, saya akan tersenyum sambil mengucapkan terima kasih. Ketika orang lain membalas dengan senyuman, saya akan berfikir ungkapan terima kasih sememangnya bahasa yang paling mulia! Bagi saya, ungkapan terima kasih mengandungi erti menghormati dan menyetujui orang lain. Mungkin ungkapan terima kasih tidak membawa erti yang istimewa, tapi ia sentiasa meniti di bibir saya. Inilah apa yang telah saya pelajari melalui pekerjaan ini" - Nagasawa Masami

Apa yang dikatanya sememangnya betul. Aku sendiri pun selalu ucap terima kasih tidak kiralah pertolongan yang diberi kecil atau besar atau apa2 sahaja keadaan yang perlu aku berterima kasih kepadanya. Yang pasti terima kasih itu gantian  penghargaan dari aku untuk usahanya. Bila ada yang membalas sama-sama pula, aku rasa seperti ia satu penghormatan orang tersebut. Kan perkataan ini mewujudkan situasi yang mulia? Tapi aku masih berfikir kenapa masih ada lagi manusia yang kurang berterima kasih sehinggakan menaikkan dirinya setinggi galah yang bongkak? Maybe kurangnya moral dalam diri dan bajet hidup di kawasan elit Beverly Hills?

Posted via Blogaway