Fantasi Cinta Sejati VIXX
Sunday, 24 August 2014 | 13:34 | 0 comments
Ahnyonghaseyo~~ Happy weekend gais! Tadi aku ada terbaca satu temubual bersama group Kpop yang selalu berfantasi, VIXX tentang cinta sejati. Pendapat ahli kumpulannya, Ravi dan Leo menarik perhatian aku dan ingin aku kongsikan bersama korang. Hope lepas ni korang akan lebih faham akan cinta sejati. HuHuHu :P
Adakah VIXX menganggap cinta merupakan sebuah mimpi ngeri?
"Kami tidak menganggap cinta itu sebagai sebuah mimpi ngeri. Tetapi menerusi <Eternity>, kami mahu menampilkan cinta itu sebagai sebuah pergelutan antara realiti dan mimpi. Cinta boleh membuatkan seseorang menjadi resah. Ia merupakan perasaan yang sama ketika kita berdepan dengan mimpi ngeri. Kita cuba lari namun cinta akan sentiasa mengekori kita ke mana sahaja" - RAVI
"Ia hanya metafora yang cuba kami ketengahkan. Cinta ialah mimpi ngeri kepada mereka yang cukup takut untuk merasainya tetapi sebuah mimpi indah kepada yang ingin dibuai olehnya" - LEO
Mereka ditanya tentang album single keempat terbaru dorang, <Eternity> yang berkisar tentang fantasi masa kisah lalu, sekarang dan masa depan. Ia mengisahkan tentang seorang lelaki yang berusaha untuk mencari cinta sejati. Bagi aku apa yang Leo bagitahu itu betul kot. Cinta akan jadi manis jika kita menyelaminya dan pahit jika kita menafikannya.
Apa yang aku suka tentang dorang ialah konsep yang dibawa. Seriously lain dari yang lain. Jika sebelum ini dorang bawakan konsep vampire, kali ini dalam <Eternity> berkonsepkan masa dan mimpi dan berkarakter manusia. Kalau korang nak merasai mencari cinta sejati versi VIXX, eloklah dapatkan album mereka yang telah dikeluarkan pada 27 Mei lalu. <Eternity> ini bukan wangian terbaru dari Calvin Klein, Eternity okay. Ahaha. Mana tahu kot2 korang ingin benda sama. HuHuHu XD
Posted via Blogaway