Kris Akan Tinggalkan EXO?
Friday, 16 May 2014 | 01:01 | 0 comments
Ahnyonghaseyo~ Berita tentang Kris ingin menamatkan kontrak dengan SME kian tersebar luas. Berita ini memang mengejutkan aku apatah lagi Exostans yang lain. Aku tidak tahu pula yang Kris ada krisis dengan agensinya. Tiba2 sahaja berita ini keluar. Apa yang aku tahu, Kris telah membuat fail tuntutan terhadap SME dan agensinya telah mengesahkan tuntutan mahkamah Kris. SME mengatakan yang mereka akan melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan ini.
Aku juga tidak tahu atas dasar apa Kris ingin menamatkan kontraknya. Tidak ada maklumat lanjut mengenai berita atau sebab apa dia ingin tamatkan kontraknya. Tetapi ia ada rumor mengatakan bahawa dia mempunyai kes yang sama seperti ahli Super Junior iaitu Hangeng. Dalam mereka sedang rancak mempromosikan <Overdose>, berita ini sedikit sebanyak merentap kebahagian fans sekaligus mengejutkan peminat EXO. Aku sedang menaip entri ini pun masih terkejut. Ye lah masa kita buka tab, tiba2 mesej masuk mengatakan yang anggota EXO-M, Kris dilaporkan menfailkan saman terhadap agensinya.
Bila aku buka Twitter pula, sah2 berita ini menjadi trending dan hot topic dalam kalangan Kpoppers. #WeBelieveInYouKris menjadi trending bagi memberi support kepada Kris. Dalam kegembiraan Exo menang kali ketiga di M! Countdown untuk <Overdose>, kini pasal Kris pula nak tamatkan kontraknya. Dua situasi berbeza. Tadi bila tengok #Overdose3rdWin, aku senyum je macam Suho senyum atas stage sensorang. Bila tengok #WeBeliveInYouKris, rasa nak menangis je. Hmm~ TT_TT
Tadi pun ada yang cakap yang Kris nak tamat kontraknya dengan SME dan keluar dari Exo adalah rumor se-mata2. Sejauh mana kebenarannya aku pun tak pasti. Sebab sekarang ini banyak gila versi cerita yang aku dapat. Tak tahu yang mana satu betul. Aku harap Kris tak akan tinggalkan Exo tapi dia hanya nak tinggalkan company dia je. Hoping that this issue will be finished and be clarified tomorrow. Whatever Kris' decision, we should respect him #WeBeliveInYouKris #WeAreOne.
Posted via Blogaway