LUHAN Wifeu


“don't give up on your dreams and keep working towards it.” – Luhan

Real Touching Pic
Tuesday, 13 May 2014 | 01:34 | 0 comments


Ahnyonghaseyo~ Menyentuh perasaan! Itulah perkataan yang sesuai untuk gambar ini. Hanya kerana seekor anjing terjatuh di dalam air, lelaki ini rela menyelamatkannya! Mulia betul hatinya. Aku rasa sifat berperikehaiwanannya masih tebal sebab itu lelaki ini terjun. Susah sekarang ini nak lihat orang yang rela menyelamatkan haiwan dalam kesusahan. Hanya Wonderpets je yang ada untuk membantu haiwan lain dalam kesusahan. Sekarang ini orang menzalimi haiwan adalah. Korang ada tengok video kucing disiat kulitnya dan anak anjing yang di bakar hidup2? Seriously aku nak menangis bila terkenangkan video manusia jahat ini.

Jika dilihat gambar2 yang diambil, lelaki ini serta-merta terjun menyelamatkan anjing itu tanpa banyak soal. Bila tengok pemiliknya, aku rasa dia seorang warga emas kot. Maybe pemiliknya tak terdaya nak buat apa2. Lelaki berhati mulia itu rela membahayakan dirinya demi menyelamatkan anak anjing tu. Aku memang tabik spring kat lelaki ini. Kalau ada anugerah Wonderpets, aku yakin lelaki ini akan tercalon. Ye lah, dengan keberaniannya itu patut dipuji. Aku juga pernah menyelamatkan seekor kucing yang kakinya tersepit dekat kayu. Bila aku pergi selamatkannya, terus dia cakar aku. Memang kurang asam betul kucing tu. Haha. Aku tak tahu kenapa dia berterima kasih dengan cara begitu. Maybe dia terkejut kot. Haha. Haiwan juga bukan seperti manusia yang boleh lakukan semua. Ada kalanya mereka tak dapat buat sendiri seperti lemas macam tu. Hanya manusialah yang dapat tolong mereka.



Sebagai human being, kita patut care each other. Bukan antara manusia je, antara tumbuhan dan haiwan juga perlu tau. Sebab mereka juga penghuni Bumi ini dan yang pasti dorang ada perasaan. Aku kalau nak pukul lipas pun aku tak tergamak. Aku rela lari dari pukul dia. Huhu. Korang anggaplah haiwan ini pelengkap alam ini yang mewarnai hari2 korang. Korang fikir camne kalau haiwan tak wujud di dunia ini? Konfem boringkan? So janganlah korang zalimi dorang. Curahkan juga kasih sayang dekat dorang dan konfem haiwan2 ini akan merasainya.

Posted via Blogaway