LUHAN Wifeu


“don't give up on your dreams and keep working towards it.” – Luhan

Mengembara Bersama Boneka
Thursday 17 April 2014 | 17:03 | 0 comments


Ahnyonghaseyo~ korang suka boneka tak? Aku pun suka meh. Huhu. Ingat lagi masa kecil2 dulu aku suka kumpul memacam jenis boneka. Siap berharap yang dorang semua boleh hidup. Haha. Bila dah besar sekarang, tak main dah tapi still simpan elok2. Huhu. Setiap boneka aku ada sentimental value beb! Rasa bersalah kalau aku bagi dekat budak2. Haha. Aku yakin semua orang suka boneka and that why lah aku nak rekomenkan satu filem aku rasa best untuk ditonton. <Muppets Most Wanted> merupakan filem pasal boneka dan sekuel kepada <The Muppets> yang ditayangkan pada 2011 yang lalu. Aku dah tengok <The Muppets> dan apa yang boleh aku katakan ia sangat menarik! Ada sisi kelakar, lagu2-nya menghiburkan dan tidak kurang juga sisi suspen. Aku yakin yang sekuel dia kali ini lebih boom dan kebaboom.

Kalau tak silap, aku pergi tengok filem ini kat GSC Tropicana City Mall with someone. Haha. Aku tertarik nak tengok sebab boneka yang ada dalam ni semua comel2 especially Miss Piggy tu. Lagi satu ia macam mengimbau kembali zaman aku masa tadika yang selalu tengok Sesame Street. Masa kecil dulu aku suka tengok Kermit Si Katak selain Miss Piggy sendiri. Nah, bila saja aku tengok <The Muppets> aku ibarat tenggelam dalam zaman tadika aku. Huhu. Serius aku macam nak nangis je.



Pada tahun ini sekuelnya akan ditayangkan pada 24 April ini. Konfem2-lah aku nak pergi tengok. Ye lah aku nak tengok apa sudah jadi dengan dorang semua setelah dorang menjadi artis semula. Aku rasa kali ini lebih mendebarkan sebab ada seekor lagi katak yang sama dengan Kermit iaitu Constantine! <Muppets Most Wanted> akan membawa penonton mengembara bersama mereka yang sekarang ini aktif mengadakan persembahan serta siri jelajah ke seluruh dunia. Yeah! Mesti best ini. Haha. Memang betul2 superstar! Mereka akan singgah di bandar2 terkenal seperti London, Madrid dan Berlin. Kali ini dorang akan berdepan dengan penjahat pencuri iaitu Constantine!

So, korang yang penggemar boneka aku rekomenkan korang tengok filem ini. Konfem terhibur meh. 100% aku yakin! Walaupun korang cakap yang filem sebegini macam budak2 dan tak seperti filem aksi lain, tapi korang perlu tahu juga yang filem ini mengandungi  banyak pengajaran dan motivasi diri. Ini apa yang aku dapat dalam filem <The Muppets>. So, jangan lupa ya! Tandakan tarikh 24 April ini dalam ingatan korang! See yah!

Posted via Blogaway