Kris Dan Anak Patungnya
Tuesday, 15 April 2014 | 23:47 | 0 comments
Ahnyonghaseyo~ Nak tanya sikit. Korang para EXOtics sekalian dah beli ke belum majalah Epop dan Klik untuk isu terbaru? Kalau yang dah awal2 lagi beli dua majalah Kpop terbaik ini baguslah! Try korang belek ada tak cerita pasal Exo? Huii~ adakan? Seperti juga dengan korang, bila ada je cerita atau apa2 je pasal Exo, aku jadi eksaited! Haha. Tak tahu kenapa tiba2 perasaan itu datang dengan sendirinya. Adakah ini petanda aku mula gilakan dorang? Haha.
Dalam majalah Epop isu April ini, dorang ada selitkan cerita pasal Kris! Melompat aku bila baca. Haha. Apa yang dibuktikan Epop adalah benar! Kris memang penggemar anak patung. Tengok sajalah di profile foto Kris di Weibo, memang anak patung. Kris yang kelihatan gentleman di atas pentas akan berubah menjadi anak kecil bila dia terlihat anak patung. Daripada se-kecil2 anak patung hingga yang besar, Kris memilikinya semua. Memang bertuah anak patung tu kan? Huhu. Dipeluk dan dipegang oleh Kris. Huwargghh~~ Aku tak tahu apa tanggapan orang Malaysia jika ada artis lelaki membawa anak patung seperti Kris ini. Kalau di Korea ia akan nampak comel dan sweet but kalau di Malaysia maybe dicop lembut dan seangkatannya.
Seterus di majalah Klik isu 15 April, dorang ada sediakan kuiz tentang Exo. Kalau korang nak tahu sejauh mana ke-EXOtic-an korang tu, bolehlah cuba jawab kuiz ini. Aku dah jawab pun. Hanya betul 8 daripada 10. Huhu. Kira okey lah tu kan. Aku boleh dikatakan peminat EXO yang super duper hebat. Ahaha. Perasan gila. Aku salah dekat soalan no. 3 iaitu "Apakah jenis darah Lay?" Dan soalan no. 5 iaitu "Nama sebenar Chen ialah ____?". Soalan no. 5 tu aku jawab Park Can Yeol. Huhu. Sebanarnya Kim Jong Dae. Sorrylah Chen aku tak ingat nama sebenar kau. Mianee~~
Posted via Blogaway