Konsep Cinta EXO
Friday, 7 March 2014 | 18:47 | 0 comments
Ahnyong kesayangans! Happy Friday! Hari Jumaat sesuai sangat nak bermanja kat sini. Biasalah weekend kan. Nak blogwalking sampai tercabut kabel line pun tak apa. Haha. Hari ni aku nak kongsi something pasal Exo. Lama betul aku tak kongsi2 ni. Minggu lepas aku ada beli majalah Malay Epop. Tak sangka pula ada chatroom bersama Exo. Topik yang dibualkan pula pasal cinta dan gadis idaman. Aku as a Exotic suka juga baca dorang punya kriteria gadis idaman. Kepada girls kat luar tu kalau nak tahu apa kriteria 12 members Exo gariskan, korang patut beli Malay Epop isu terbaru!
Dalam banyak2 soalan yang diajukan, aku tertarik dengan soalan kepada Tao iaitu "Apa perkara yang paling romantik pernah kamu lakukan untuk teman wanita?". Jawapan Tao membuatkan aku rasa dia seorang lelaki yang budiman dan berjiwa romantis. Dia kata pada hari jadi teman wanitanya, dia telah menghadiahi kek dan hadiah. Kemudian dia akan membawa teman wanitanya ke pantai untuk meraikan hari jadinya serta memberi kejutan kepadanya. Setiap wanita inginkan kejutan seperti yang Tao lakukan. Betul tak? Memang bertuah teman wanita Tao kan? Tapi, adakah dia membuat perkara yang sama kepada semua bekas teman wanitanya dulu? Tao kan pernah bercinta dengan 7 orang wanita. Emm. Yang tu aku tengah fikir sekarang. Ahaha.
Selain chatroom, Malay Epop juga jadikan Kris sebagai King Fashion dalam eburan. Memang tak dinafikan Kris memang layak diberi gelaran sebegitu. Ye lah dengan rupa paras yang flower boy handsome dan dikurniakan ketinggian model dan tubuh yang seksi, memang kesemua pakaian yang ada dibadannya nampak fashionable! Malay Epop telah himpunkan gaya Kris semasa berada di lapangan terbang. Lihat sajalah, di lapangan terbang pun sudah bergaya! Memang Kris seorang Raja Fashion di lapangan terbang! Daebak!
Selain Exo, apa yang menarik perhatian aku lagi adalah chatroom bersama B1A4. Umum tahu yang B1A4 sudah membuat comeback dengan album penuh <Who Am I>. Aku bukan nak fokus pasal kemunculan kembali dorang, but habit membersnya. Seriusly membuatkan aku tergelak sensorang! Album dorang <Who Am I> sangat relate dengan dorang dan menggambarkan siapa dorang. Huhu. Part soalan member manakah yang tidak mementingkan kebersihan buat aku geli dengan perangai Sandeul. Ahaha. Dia kata dia tak pandai mengemas! Omg! Sandeul ahh~ kamu patut cari seorang butler kalau macam ni. Tak pun belajar mengemas dengan ommamu. CNU cakap yang bilik Sandeul dan Jinyoung mempunyai bukit timbunan baju dorang. Aku tak boleh nak bayangkan bilik dorang cemna. Lol. Tambah CNU lagi, Sandeul terlupa mengemas Nurungji. Sandeul tak kemas sisa makanan itu dan membiarkannya selama 2 minggu! I can't imagine keadaan benda tu. Oh gosh! Korang please jangan ikut perangai Sandeul ni. Cemna member lain boleh tahan dengan Sandeul?
Posted via Blogaway