LUHAN Wifeu


“don't give up on your dreams and keep working towards it.” – Luhan

Manga Kehidupan Sebenar Artis Kpop
Monday 23 December 2013 | 22:12 | 0 comments

If korang nak tahu lebih lanjut fasal manga <ENT. Fiksyen Peminat> boleh la rembat Majalah Gempak isu 15Disember2013. Turut disediakan chatroom eklusif bersama Park Mi Sook.

Ahnyonghaseyo. Korang pernah terfikir tak cemna kehidupan sebenar artis2 Kpop? Adakah dorang hidup sama dengan kita atau bagaimana? Tak pun mesti korang nak tahukan cemna artis2 Kpop hidup sebagai artis popular. Betul tak? Ha! Kalau korang nak tahu cemna kehidupan dorang, korang patut rembat manga <ENT. Fiksyen Peminat> sebab berkisar tentang dunia bintang2 Kpop yang tengah in dan menjadi kegilaan ramai sekarang ini. Aku memula dapat tahu tentang manga ini excited habis! Macam korang juga, aku pun nak tahu sisi kehidupan artis Kpop! Kata Kpoppers! Mesti nak tahu kan! Huhu.

Kpoppers patut rembat manga ini sebab 100% fasal Kpop. Apa yang best, dalam manga penulis Park Mi Sook ini ada menampilkan syarikat rakaman besar SM Entertainment. Tak cukup dengan itu, idol star seperti Girls' Generation, DBSK dan SHINee turut diselitkan. So, korang bolehlah tengok wajah idol star ini dalam manga. Ahhhhhh! Memang gila beb! Bila aku dapat tahu fasal projek dari Ylab ini dah ada dipasaran, aku terus pegi cari! Memang aku lucky, aku dapat! Yeah! Memang senyum sinis aku time tu. Haha.

Oh ya! Manga ini mengisahkan Han Somi seorang pelajar sekolah tinggi biasa yang penakut. Dia sebenarnya artis SM Entertainment dan ahli group baru Born on The Fourth of July. Malangnya ada budak lelaki sekolah dia tahu fasal rahsia dia. So apa akan jadi dekat Somi? Adakah ini titik noktah Somi dalam dunia hiburan? Atau sebaliknya? Aku sendiri pun tak tahu. Huhu. Aku tak start baca lagi laa. Haha.

<ENT. Fiksyen Peminat> sepenuhnya disokong oleh SM Entertainment!


Buat masa sekarang manga ini ada dua volume tau. Volume 1 dan 2. Aku dah rembat ke-dua2-nya. Muahaha. Aku memang tak sabar nak baca. Tapi tahankan dulu sebab nak bagitahu kat korang. Sharing is caringkan. Hee. Btw, manga ini hanya RM8.50 sahaja. 100% colourfull. Memang best nak baca. So cepat rembat dekat kedai buku berhampiran korang! Don't worry kalau korang kata tak faham sebab manga ini sudah dialih ke Bahasa. Huhu. Cuti mid sem aku sudah terisi dengan benda ini. Ahh~ bahagia pula rasa. Haha. So manfaatkan cuti korang ini dengan menelusuri liku2 seorang artis Kpop. Yeh!

Posted via Blogaway