1 Minori 2 Minorin
Friday, 29 November 2013 | 19:00 | 0 comments
Ahnyong~ hey hey hey. Kali ni aku nak preview sekali gus merekomenkan sebuah novel grafik yang aku rasa sangat menarik untuk dibaca. Novel grafik yang aku maksudkan ialah 1/2 Minori Minori karya Yuki Morita. Cerita dia agak lain dari novel grafik yang aku baca sebelum ni. Tambahan, ia juga memaparkan kehidupan orang yang tidak yakin diri. Bila dah begitu, mula la nak buat plastik depan orang ramai! Yeh! Bila dah abis baca, barulah aku sedar akan perkara ini dan aku mula nak jadi diri sendiri. Sebelum ni pun memang aku sedar diri dah. Haha. Ramai yang takut nak jadi diri sendiri. Itu mungkin alasan those yang memang plastik.
Cerita ni mengisahkan Kinoshita Minori yang kehidupannya cuma lakonan. Di depan members dia menjadi plastik untuk berkawan dengan dorang. Maklumlah dia bergaul dengan golongan femes. Dia berbuat demikian kerana masa sekolah rendah dulu, dia seorang yang lemah dari segala hal. Jadi dia ingin memulakan hidup baru bila masuk sekolah menengah rendah. Dalam diam Minori jatuh hati dekat Mashiba Aoi. Tapi dia takut untuk meluahkan perasaannya. Dalam perhubungan dia antara Aoi dia banyak berlakon Dan berdrama. Bukan itu sahaja, dia juga asyik menipu dalam bersahabat. Dia akan lakukan perkara yang dia tak suka di depan membersnya dan pada satu tahap, dia merasa letih melakukan semua itu. Kalau aku pun letih beb nak berlakon hari2. Dah tu buat perkara kita tak suka. Kens!
Suatu hari, dia terjumpa perempuan yang mirip dengan dia. 100% mirip dirinya semasa sekolah rendah. Ya! Dia juga lemah dan tak bole diharap. Part ni aku tak tahu yang tu memang Minori masa kecil atau orang lain yang mirip dia. Konfius maa. So, bermulalah kehidupan baru dimana perempuan yang mirip dirinya betul2 wujud dialam nyata yang bernama Minorin. Yang peliksnya disini, Minorin ni macam dah lama hidup dan bersekolah di sekolah Minori. Semua membersnya dah memang kenal Minorin. Aoi pun dah kenal. Ada kepelikan disitu. Sangat misteri. Heh!
Bila Minori dilanda tiada keyakinan diri, Minorin aku muncul untuk membantu. Macam amoeba pula kens. Lepas membantu Minori, Minorin hilang begitu je. Haha. Minorin akan membantu Minori untuk menjadi diri sendiri dan bukannya orang lain sekali gus mengucapkan kata cinta 123 kepada Aoi. Walaupun ke-dua2-nya berjiwa lembut, dorang dapat mengatasi masalah sifat plastik tu kepada natural karakter. Tapi Minorin ada cakap yang Minori tak patut wujud sebaliknya dirinya yang patut wujud ketika itu. Kalau korang nak tahu kesudahannya adakah Minori yang dapat Aoi atau Minorin dan dapatkah Minori menjadi diri sendiri? Korang kenalah beli novel grafik ni. Selain cite ni ada dua lagi cite best iaitu <Betul Kau Suka Aku> pasal pencintaan antara pelajar pintar dan pelajar lembap serta cite <Suaramu Kudengar> pasal cinta pemadam. Syok weh cite dia! Nak nangis aku baca. Huhu. Sekian preview aku untuk kali ni. See you next entry. Bye!
selepas Minori bermimpi berjumpa dirinya semasa sekolah rendah, kehidupannya mula berubah. |
Posted via Blogaway