LUHAN Wifeu


“don't give up on your dreams and keep working towards it.” – Luhan

EXO XO
Wednesday, 25 September 2013 | 16:32 | 2 comments

Ahnyonghaseyo~ XOXO~ XOXO~ Yeah! Baca saje tajuk dah tahu apa yang aku nak cakapkan. Huhu. Yeah! Kali ni aku nak cakap pasal EXO! 2 minggu kebelakangan ni aku dah jatuh cinta kat group ni. Reason yang aku boleh bagi kenapa aku suka ialah 1st dorang comel! Haha. Tak lah. Bukan aku suka dorang sebab comel tapi betol dorang memang a bit cute! Hihi. Aku suka dorang sebab tarian dorang dae to the bak! Then lagu2 dorang pon sentiasa lain dari yang lain! Suara dorang sume merdu. Perfect + harmoni.

Dalam lagu ni, aku suka part dorang buat telinga serigala. Then salakan serigala. Daebak!

Aku mula ditarik suka group ni masa lagu Wolf. Seriusly aku menyesal tak ambil perhatian kat dorang sejak dorang debut. Huhu. Tapi tak pe. Aku mula minat kat dorang masa Wolf pun dikira ok la kan. Haha. Mv Wolf memang superb. Tarian dorang memang susah nak ditiru. Maybe I will called it, tarian serigala? Haha. Siap ada nyalakan serigala. Auuuuwwww! Kehkeh. Sejak dari sini lah aku suka dorang. Per-lahan2 aku nak jadi EXOtics! Sekarang ni aku nak beri tumpuan 110% kat dorang. Ohh~

Bila aku tengok balik video dorang dalam Youtube yang lepas especially video yang dorang 1st win untuk Wolf di MuBank membuatkan aku touched! Masa ni Suho menangis sebab terharu dapat kemenangan pertama untuk Wolf. Leader Suho memberi ucapan sambil menangis. Aku rasa korang patut tengok situasi ni. Walaupon sedang menangis, leader Suho tetap comel. Hekhek.

Maybe korang juga akan jatuh cinta tengok Suho menangis. Huhu

Aku gak tertarik dengan suara D.O. Suara dia memang zzang! King of Expression betol2 menggoda telinga aku. Haha. Sekarang ni aku asyik repeat dengar lagu Growl. Lagu ni juga zzang! Suka dengar. Tarian pon perfect. Korang nak tahu tak. Kegilaan aku dekat dorang bukan sahaja donlod mv dan tengok variety show dorang, aku gak buat ringtone mesej dan call dengan suara dorang. Haha. Aku pon tak terlintas nak buat sume ni. Automatically jadi sendiri. Haha. Mesej aku ringtone Saranghaeyo guna suara sume member EXO. Call pula guna suara Kris cakap angkat tipon cepat versi english. Huhu. Alarm pula aku guna suara D.O. Kan suara dia merdu, ofcz sesuai nak kejutkan aku bangun. Haha. OMG, kehidupan seharian penuh dengan EXO. Haha. Romantik pula aku rasa. Haha.

Lagu Growl pula aku suka part yang dorang buat dance duduk tu. Lagu ni macam sama je rentak dengan Wolf. Slow rancak slow rancak. Zzang!