Drama Best Untuk Dikejar!
Wednesday, 25 September 2013 | 23:54 | 0 comments
Ahnyonghaseyo~ akhir bulan September ni banyak pula drama melayu mula abis ditayangkan. Rata2 sume drama tersebut memang mendapat perhatian daripada penonton. Aku juga tak terlepas dari menontonnya. Dalam banyak2 drama yang abis tu, aku sempat layan drama dari Slot Samarinda TV3, Asmara Luna dan dari Slot Azalea juga TV3, Derhaka Seorang Madu. Dua drama ni mempunyai sisi yang berlainan. Memang daebak especially drama Derhaka Seorang Madu. Berendam air mata beb!
Entri kali ni aku nak cakap pasal new drama dimana berada dalam list wajib tengok! Aku suka drama melayu sekarang. Sudah mula berkembang dan tidak hanya tertumpu pada satu genre sahaja. Pengarah dah mula pandai mengarah. Maybe la. Huhu. Style sekarang, drama diadaptasi dari novel. Asalkan jalan cerita best, ok je kalau dijadikan drama.
1st drama yang aku kejar sekarang ialah drama Sahabat dari Astro Ria. Aku suka drama ni sebab berkisarkan pasal remaja. Lagipon pelakon2 dia sume aku minat. Especially Izzue Islam. Apa yang menarikkan lagi aku tengok drama ni ialah Izzue berlakon sebagai budak Kelantanese! Seriusly kelakar doe. Haha. Watak gedik Liyana Jasmay pon menjadi. Erti persahabatan cukup ditonjolkan dalam drama ni. Tapi apa yang weird, dorang sume selalu pegi umah Bakri. Dah 2 minggu scene umah Bakri paling banyak. Macam yang lain tak ada umah je. Ye la. Asyik duk umah Bakri lepak bagai. Try la sekali lepak umah Haneez ke. Kan! Overall, aku suka drama ni sebab keremajaan dan fun tapi apa yang tak best, drama ni hanya setengah jam. Mana cukup nak layan beb! Mencik tau. Baru nak enjoy tengok dah abis. Aiyohh!
|Google| Bagi aku Toi seorang yang naif but penyeri. Izzue memang nampak macam budak lepas SPM! Seriusly. |
2nd drama ialah drama menggantikan Derhaka Seorang Madu, Janji Adam. Harini merupakan episod yang kedua. Drama ni memang buat aku touched. Sedih doe. Kesian aku tengok Zainab yang tabah mengharungi kehidupan yang betol2 susah bila kematian suaminya. Aku rasa nak tutup je tv. Sedih! Macam tengok Bersamamu je. Sampaikan aku berfikir sekejap dengan masyarakat yang mempunyai nasib sama dengan Nab tu. Oh gosh! Drama ni betol2 buat aku hargai kehidupan aku. Ni baru episod ke dua dah buat aku gila. Esok aku nak stanby tisu Tesco nak buat lap airmata. Dalam sedih pon aku tak sabar nak tunggu Asfar besar sebab dia jadi Zoey Rahman. Huhu.
|Google| Zul Ariffin macam tak sesuai je jadi watak Adam. Terlalu berumur dari pandangan aku. |
Drama last yang aku kejar sekarang ialah Alam Maya Slot Aurora TV9. Drama ni pula menceriakan malam Khamis aku. Bagi aku drama ni macam sengal je. Tengok Maya pon dah buat aku gelak tak tambah kakak dia lagi. Mak dia apa sume. Memang family sengal. Haha. Situasi drama pon best. Aku rasa nak kerja cam Maya je walaupon ada member keje yang annoying tu. Haha. Apa yang tak bole blah, Maya ni selalu amik video. Memang menjadi Fouziah Gous belakon. Macam real life actually. Trademark dia buat muka kiut + peace kat telinga memang kelakar. Tambahan ayat I'm so happy tu. Drama ni pula mengajar aku untuk sentiasa happy walaupon ada masalah dan tidak mudah putus asa dalam hidup.
|Google| Episod minggu lepas. Kelakar gile bila mak Maya tengok video anak dia dalam Keek. "Macam anak aku? Eh, anak aku!!! Maya!!" Haha. |
Hanya 3 drama ni je yang aku layan. Sebab memang kena dengan taste aku. Lagipon waktu drama ni bersiaran sama waktu aku menonton tv. Aku rasa drama melayu sekarang dah di upgrade. Kebanyakan menepati citarasa dan mengikut trend. Contoh drama Sahabat dan Alam Maya. Gajet sentiasa ada dalam setiap scene. Unsur teknologi macam Skype, Youtube and Keek juga diterapkan. So memang up to date. Syabas kat pengarah drama2 yang aku tengok ni. Dae to the Bak!