LUHAN Wifeu


“don't give up on your dreams and keep working towards it.” – Luhan

Banjir Terus Menggila
Monday, 9 December 2013 | 09:08 | 0 comments


Ahnyong~ Bila aku baca berita tentang banjir dalam Kosmo! Online tadi aku rasa simpati pula kat mangsa banjir. Aku ingatkan banjir dah surut sebab kat Kelantan ni hujannya dah tak sekerap dulu. Hujan juga tapi sekejap sekejap. Macam di Kelantan, aku rasa paras air Sungai Kelantan dan mula surut. Aku tau sebab aku tengok sendiri semalam. Hihi. Di Pahang pula makin teruk! Memang banjir tahun ni dapat kat Pahang. Kesian pula aku tengok rumah yang hanya nampak bumbung je then kereta2 yang tak sempat dialih pula, tak nampak apa2. Memang lepas ni beli kereta baru terus. Hmm~

Walaupun aku tak pernah alami situasi banjir macam ni then kena pindah dekat penempatan sementara, tapi aku dapat rasakan yang semua ini suatu penyeksaan dan tak best untuk alami. Alaa~ hujan sepanjang hari pun rasa macam tak senang hati dah. Ye la semua aktiviti harian akan tergendala. Aku tahu hujan tu suatu rahmat tapi aku terima seadanya. Hope mangsa banjir tu tabah menghadapi dugaan ini. Kalau nak main air banjir pun agak2 ya. Janganlah ekstrem sangat sampai membahayakan diri sendiri. Time banjir macam ni juga banyak penyakit yang melanda. So, pandai2 la korang jaga kesihatan. Take care!



Posted via Blogaway