Finally Aku Dapat Kolej!
Sunday, 1 December 2013 | 13:53 | 0 comments
Ahnyonghaseyo! Hari ini bermulanya bulan December dan tak lama lagi tahun baru akan muncul. Permulaan December aku absolutely terbaik! Haha. Nak tahu kenapa? Sebab aku dapat kolej! Muahaha! Aku macam tak percaya je sebab banyak halangan yang aku tempuh sepanjang nak buat rayuan kolej haritu. Seriusly aku tak jangka semua ni. Maybe berkat usaha keras aku then ada kabel kemas dalam carta organisasi kolej aku. Haha. Kalau ikutkan lojik, konfem aku tak dapat kolej. Tapi tapi tapi, bila ada kabel, semuanya jadi lojik!
Masa buat rayuan kolej tempoh hari, memang aku frusted gila. Ye la semua borang dan kelengkapan untuk mendaftar kolej aku tak ada. Such as, gambar passport, slip gaji ibu bapa dan etc. Memang jadi gila time tu. Bila aku tengok members aku senang je buat rayuan, aku macam gelabah and ada sedikit cemburu disitu. Haha. Semua orang ada benda yang diperlukan. But aku, kosong! Tetiba, member aku bagitau yang aku perlu buat apa yang bole such as pergi buat gambar passport and print borang yang perlu. Nasib baik dia bagi sedikit nasihat berguna kat aku. Ini baru kawan kens! Thanks ya sebab tak lemaskan aku dalam situasi ni. Muah satu kali. Haha.
Bila dah setel semuanya, aku down sekali lagi sebab aku tak ada slip gaji. Nak tak nak kena buat surat perakuan pendapatan. Yang masalahnya disini, aku nak guna cop siapa? Ah sudah! Jadi la kelam kabut sekali lagi. Pergi jumpa Ketua Program CS, dia tak nak cop. Aku punya Ketua Program dah berapa hari tak ada. Cis! Menyampah gile time tu. Bila dah tak nampak jalan aku reda je macam orang dianiaya. Fikir punya fikir, aku teringat kat kabel aku ni, then aku call dia and cakap aku nak buat rayuan but tak ada slip gaji. Memula dia cakap tak bole mesti ada slip gaji. Aku guna skill tersembunyi aku, aku merayu, buat muka kucing sedih tak dapat ikan, buat kerut2 kening, finally dia cakap tak apa bole hantar kemudian. Haha. Akhirnya aku berjaya. Tapi sampai sekarang aku tak hantar pun surat perakuan pendapatan tu. Haha. Lol. Itulah rahsia terbesar aku nak pujuk orang. Haha.
Pagi tadi dia Wechat kat aku and cakap aku dapat rayuan kolej tu. At the 1st time, aku tak percaya. Bila dia bagi bukti semua aku percaya. Itupun selepas aku janji dia nak beli Bigmc Mekdi. Okey la. Aku tak kisah pun. Aku tanya dia cemna aku dapat kolej. Dia cakap dia tolong ejas aku punya. Haha. Finally dia guna kuasa kabel untuk serap aku masuk kolej. Bersyukur juga la walaupun aku fikir benda ni tak fair untuk orang lain. But nak buat macam mana kens. Aku terima je. Melompat la aku. Haha. Thanks babe sebab tolong aku yang tak berdaya ni. Jasamu akan kukenang. Huhu. Officially, aku dah dapat kolej. Im soo happy!
Posted via Blogaway