LUHAN Wifeu


“don't give up on your dreams and keep working towards it.” – Luhan

Kisah Pontianak Dan Gadis Buta
Wednesday, 4 December 2013 | 21:27 | 0 comments


Ahnyonghaseyo~ straight to the point! Okeh entri kali ni aku nak kongsi manga dari Julietta Suzuki. Manga ini mempunyai enam karya pendek beliau yang dikomplikasikan bersama. Antara karya beliau yang dimuatkan ialah <Fajar Menyingsing>, <Tercipta Kejora>, <Kehidupan Berdarahku>, <Sakura Berguguran>, <Ogamiya Uradaiechou>, dan <Sangkar Camelia>. Overall cerita dia sangat best dan setiap pengakhirannya selalu je suruh aku fikir. Ending ceritanya mungkin tak sama dengan setiap pembaca sebab kita sendiri fikir macam mana ending itu. Aku memerah otak tau nak fikir ending dia macam mana. Haha. Kalau tak fikir, kita akan ter-tanya2 macam mana boleh jadi macam tu, macam mana boleh jadi macam ni. Walaupun cemtu, aku suka sebab setiap cerita yang dipaparkan berlainan unsurnya.

Walaupun manga beliau diklasifikasikan sebagai Komik Seram, tapi aku rasa taklah seram sangat. Sebabnya cerita dia tak seramlah. Haha. Maybe diklasifikasikan sebagai Komik Seram sebab cerita utama manga ini iaitu <Tercipta Kejora> berkisar tentang pontianak. Huhu. Dalam enam cerita dalam manga ini, yang paling best bagi aku ialah konfemlah <Tercipta Kejora > dan satu lagi <Sakura Berguguran>.

<Tercipta Kejora> ini merupakan karya debut Jullie. Ia mengisahkan tentang pontianak bernama Delacroix yang entah apa2. Kehidupannya sangat membosankan dan mempunyai banyak masa terbuang. Suatu malam apabila Delacroix keluar untuk mengambil angin dia terjumpa dengan seorang gadis buta bernama Mina di-tengah2 hutan Hera. Korang boleh bayangkan macam mana keadaan Mina yang buta tu berjalan sensorang dalam hutan pada waktu malam. Seremm! Akibat kampung Mina dilanda kebuluran, dia terpaksa mencari makanan sendiri. Aku ingat masa tu Delacroix terus hisap darah Mina tapi tak sebab dia kesian tengok keadaan Mina masa tu. Tengok! Pontianak pun ada belas ehsan tau! Pertemuan itu menjadi memori tidak boleh dilupakan Delacroix termasuk Mina. Bayangkan apabila Mina boleh lihat siapa sebenarnya Delacroix. Jeng jeng jeng! Apabila kebahagiaan dapat melihat dunia Mina bermula, ada sesuatu tidak dijangka berlaku. Part ni memang aku sedih! Aku tak boleh terima ending dia. Wuwuwu~~ "Macam kau jumpa aku dalam hutan tebal tu, tolong la cari aku" -Mina. Delacroix gembira tak lepas tu? Hmm~~



<Sakura Berguguran> pula kisah yang aku betul2 tak jangka pengakhirannya. Ia mengisahkan seorang gadis bernama Momoka berwatakan muram. Dia menaruh hati kepada Kakihara. Suatu hari tangkal bertuah Kakihara telah hilang dan tak ada sesiapa tahu yang tangkal itu telah diambil oleh Momoka. Dia telah menanam tangkal itu di bawah pokok sakura. Satu hari semasa dia ingin membuang sampah berdekatan dengan pokok sakura itu, dia ternampak penunggu sakura! Bermula dari situ, hubungan Momoka dengan penunggu sakura itu semakin akrab. Aku ingat Momoka akan sukakan Kakihara, but endingnya agak pelik disitu. Habis fikir dah aku nak fikir. Huhu. Seriusly ceritanya  memberi aku sesuatu perasaan yang berdebar. Kisah cinta yang bagi aku romantis. Suatu hari nanti sekali lagi musim bunga akan kembali. Guess who yang Momoka cinta?

Korang pun patut beli manga best ni. Konfem memberi dimensi baru dalam perhubungan cinta. Dalam kehidupan, apa2 pun boleh berlaku tanpa kita duga. Inilah yang aku dapat konklusikan dalam manga Julietta Suzuki ini. Dae to the Bak!

Posted via Blogaway