LUHAN Wifeu


“don't give up on your dreams and keep working towards it.” – Luhan

Kim Ji-hoon Bunuh Diri
Saturday, 21 December 2013 | 05:49 | 0 comments

Ahnyonghaseyo~ minggu lalu tepat pada 12/12/13, industri hiburan Korea Selatan telah kehilangan sebutir bintang iaitu Kim Ji-hoon. Walaupun aku tak berapa kenal dia, tapi aku yakin yang dia merupakan bintang terpenting juga di Korea Selatan. Kim Ji-hoon merupakan penyanyi duo kumpulam Duke. Sebelum menyertai Duke bersama Kim Seok Min, dia terlebih dahulu debut bersama kumpulan Two Two pada tahun 1994.

Dia ditemui mati tergantung didalam bilik mandi hotel oleh teman rapatnya. Polis mengklasifikasikan kematian Kim Ji-hoon sebagai bunuh diri kerana tiada kesan pergelutan atau dikasari. Umum tahu yang Kim Ji-hoon mengalami masalah hidup selepas bercerai pada tahun 2008 juga mempunyai masalah hutang. Kejadian bunuh diri di Korea memang tinggi. Kebanyakannya yang mengalami masalah seperti Kim Ji-hoon. Sebelum ini pun sudah banyak selebriti Korea yang mati kerana bunuh diri. Maybe inilah penyelesaian masalah bagi mereka.

Industri kita juga telah kehilangan seorang Primadona filem Melayu yang tiada galang gantinya iaitu Azean Irdawaty pada 17/12/13 kerana kanser payudara tahap tiga yang dihadapinya sejak Jun 2007. Semoga roh Allahyarhamah Azean Irdawaty ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman. Alfatihah. Hope keluarga Allahyarhamah Azean tabah menghadapi dugaan ini.


Posted via Blogaway