Miracles In December!
Monday, 30 December 2013 | 03:45 | 0 comments
Lagu <Miracles In December> sekali lagi menjadi juara di M! Countdown 26 December lepas :) |
Ahnyonghaseyo~ sebaik sahaja grup idol generasi baru, EXO melancarkan lagu terbaru mereka, <Miracles In December> aku rasa hari2 terakhir bulan December tahun ini macam sedih je. HuHuHu. Walaupun begitu, aku ada jugalah perasaan gembira tu bila dapat tahu yang album lagu ini mencatat jualan tempahan awal yang luar biasa di Korea Selatan dan China. Sedih dalam gembira? HaHaHa. Sangat miraclekan. 1st time aku tengok EXO comeback lagu ini ialah semasa dalam Music Bank. That time, aku curious sebab hanya Baekhyun, D.O dan Chen je muncul. Yang lain entah pergi mana. Aku ingatkan dorang tubuhkan sub-unit baru. Tetiba je muncul bertigakan. Naik tanda soallah kita. Bila aku baca kenyataan dari wakil SM Entertainment, barulah aku tahu yang semua itu propa. Itu semua rancangan dorang dalam mempromosikan lagu ini. Hermm~ taktik yang sangat rare disitu. Bikin terkejut je kan!
Selepas kejayaan album <XOXO> merembat album terbaik sempena MAMA 2013 lepas, album ini juga telah terjual sebanyak 1M copies! Apa yang membanggakan, EXO merupakan artis pertama yang menjual album sebanyak itu selepas 12 tahun yang sebelum ini dipegang oleh Kim Gun Mo dan G.O.D pada 2001. Pada 27 December lepas, SM Entertainment mengumumkan yang 1M copies itu merupakan album <XOXO (Kiss&Hug)> habis dijual. Memang miracle! Macam dah terkena EXO sindrom pula industri Kpop ni.
Lagu <Growl> pula menjadi Top US Billboard 2013 Kpop Best 20 Chart! |
Currently, EXO bukan sahaja mendapat perhatian di Korea sahaja, also from overseas, especially the biggest music markets like the US, Japan, China. Walaupun EXO masih setahun jagung dalam industri Kpop, tapi aku yakin yang ini merupakam petanda yang positive kepada EXO will grow as the biggest Asian star. Patutlah tadi aku pergi kedai buku yang rata2-nya aku tengok majalah jadikan EXO sebagai cover dorang. Sampaikan habis duit aku rembat majalah tu. Wuwuwu~ T_T Mata aku akan jadi bersinar dan dirasuk bila tengok EXO. Lagi pula macam ada daya tarikan yang menarik tangan aku untuk beli semua tu. Nasib baik bawa wang lebih! Objektifnya tadi just nak beli akhbar Metro je. Lol!
Antara majalah yang menjadikan EXO sebagai cover. Selain itu, EXO juga dijadikan poster, kalendar 2014 dan poskad! Maybe itu merupakan permintaan Exotics! Daebak! |
Sebelum ini kecoh di Twitter yang Shilla Amzah akan perform bersama EXO di Shanghai sampai trending doe! Banyak juga feedback yang aku baca. Ada yang setuju ada pula yang tak puas hati jealous bagai. Bagi aku okeh apa Kak Shilla Amzah performing with them. She talented! Lagipula diakan reti cakap Chinese so senang lah nak borak2 dengan members EXO-M. HuHuHu. Kak Shila Amzah please make Malaysian Exo stan proud. Jangan lupa kirim salam kat EXO okeh.Yehet.
Selain EXO, SJ-M juga will be performing sekali dengan Shilla Amzah pada 31 December nanti. |
EXO, grup muda yang mula meningkat naik ini tidak menyampah kalau aku cakap yang dorang dah setaraf dengan grup senior yang lain. Dorang juga ada kelompok peminat yang ramai! Sehinggakan wujudnya sasaeng. Bangga kot aku bila dorang dah berjaya ini. Kemunculan dorang dulu pun dah macam superb dengan lagu <Mama>. Memang tahun ini tahun miracle untuk EXO. Hope EXO terus berusaha dan mencapai matlamat dorang. Aku as a Exotic selalu menyokong dorang. Memang tahun 2013 tahun yang ada ong untuk EXO. Hujung tahun ini juga dorang will attend three music awards held by KBS, SBS and MBC!
Posted via Blogaway