Happy Birthday To Me!
Saturday, 15 March 2014 | 01:20 | 0 comments
Ahnyonghaseyo! Happy Birthday to me~ Happy Birthday to me~~ Happy Birthday to me~~~ Yayy! Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya aku dapat menyambut hari lahir aku lagi untuk tahun ini. Alhamdulillah. Rasa dah besar sikit bila umur bertambah setahun lagi. Hihi. Normally, bila hari lahir je, konfem ada wish list sendiri. Betul tak? Wish list aku tahun ni, semoga aku dapat mengharungi kehidupan umur baru ini dengan happy dan dijauhkan segala musibah. Itu yang utama. Yang sampingannya banyak! Ahaha. Kalau nak tulis disini konfem berleret sampai tak sudah.
Umur ini juga semoga aku bertuah dan ada ong. Huhu. Then apa yang aku hajati semasa Tahun Baru baru2 ini semuanya tercapai. Amin. Tahun ini, aku tak minta apa2 pun dari korang. Apa yang penting doakan aku supaya sentiasa sihat dan ceria. Itu je. Tapi kalau ada yang nak bagi hadiah, aku on je. Nanti email aku or ask.fm kot2 korang nak bagi hadiah kat aku. Huhu.
Kalau korang nak tahu, birthday aku tahun ni thorbaik doe. Ye lah 14/3/14. Nombor kapit raight? Haa~ hanya setahun sekali je jumpa. Sebab tu lah aku over eksaited nak celebrate. Huahua. Sejak tiga tahun kebelakangan ni, aku dengan dua lagi member aku akan celebrate together our birthday. Sebab birthday aku 14/3, member aku Erni 15/3 dan memberbaku sorang lagi Fatin 15/3. Kiranya tiga hari ber-turut2. Kebiasaannya kitorang akan tukar2 hadiah semasa celebrate. Kalau tahun lepas kitorang celebrate dekat Rasamas dan tahun ini tak tahu lagi kat mana sebab kitorang tengah busy dengan final exam. Dalam perancangan nak celebrate bulan depan bila habis final. Huhu.
Oh ya! Apa yang specialnya birthday aku kali ini, aku dapat banyak benda best2. Antaranya aku dapat Voucher dari Zalora.com dan satu lagi Voucher dari HiStyle. Kiranya dapat voucher shopping you ols. Dari Zalora.com aku dapat diskaun voucher 20% manakala HiStyle pula voucher RM10 plus diskaun 25% untuk semua item! Ha! Kan dah naik gila aku dibuatnya. Haha. So tadi aku dah sempurnakan semua pemberian ini dengan jayanya! Huhu. Aku beli baju je. Aku fikir baju ini semua untuk pakai masa Raya. But now, tak tahulah. Haha. Masa shopping dekat HiStyle, Cik Cashier siap wish birthday dekat aku. Apa lagi tersengih la aku. Hehe. Terharu pula bila ada orang wish cemtu. Huii.
Kepada yang wish birthday dekat aku tak kiralah wish dekat Facebook, Twitter, Wechat, Whatsapp and so on, aku ucapkan be-ribu2 lemon terima kasih. Kamsahamnida. Ingat juga ya korang kat birthday aku. Haha. Terharu bila baca wish korang tu. Tak lupa juga dekat Shukie yang siap nyanyi birthday song dekat aku semalam. Nak tergelak pun ada but still sweet. Thanks ya! Hope korang selalu doakan kebahagian aku dunia akhirat. Terima kasih semua! Hadiah jangan lupa tau. Ahaha.
Posted via Blogaway