LUHAN Wifeu


“don't give up on your dreams and keep working towards it.” – Luhan

Poskad EXO
Saturday 8 March 2014 | 01:59 | 0 comments

Ahnyong Angels! Yo! Bila korang baca sahaja tajuk entri ini, apa yang korang fikirkan? Exo jadi poskad? Poskad untuk Exo? Okey lah tak payah nak serabut fikir lagi. Meh aku bagitahu. Majalah Klik untuk isu 1 Mac ini telah memberi poskad Exo untuk korang secara percuma! Sesiapa yang sudah dapatkan Klik konfem tersengih panjang sebab bukan sahaja poskad percuma yang diberi, malah big poster juga! Walaweh Klik memang daebak! Berganda keceriaan aku dapat bila beli Klik kali ni. Huhu.

Lebih kool kalau poskadnya mewakili setiap members. Kiranya ada 12 poskad. Ahaha.


Baru isu 1 Februari Klik jadikan Exo sebagai cover dan sekarang ni pula bagi poskad dan big poster Exo. Kamsahamnida beribu-ribu lemon dari aku. Tak sangka cepat pula Klik tunaikan permintaan aku. Bulan Januari lepas aku ada email dekat Klik supaya jadikan Exo sebagai cover. Kalau tak jadikan cover cukuplah jadikan kumpulan feveret teenagers ni as poskad or poster. Tak sangka semua wish aku dorang tunaikan! Huhu. Maybe time aku hantar email sudah ramai yang minta benda sama kot. Apakan daya, Exo sekarang ni group yang paling dicari dan dinantikan oleh semua. Memang dorang tengah in sekarang ni. So ramailah yang minta Exo termasuk aku.

Memula aku baca nama kumpulan ni adalah M.Pai. Ahaha. Lols.


Selain itu, lirik lagu <Black Pearl> juga ada dalam Klik cover B.A.P ini. Oh ya! Apa yang menarik perhatian aku lagi ialah grup yang masih baru dalam Kpop iaitu M.Pire ada diselitkan juga. 1st time aku tengok grup ini ialah semasa dalam MuBank. Dorang nyanyi lagu <I'm Better>. Best juga lagu ini. Nasib baik Klik ada tulis pasal dorang. Boleh lah juga aku tahu serba sedikit tentang dorang. Patutlah dorang ni semacam je. Rupa-rupanya muzik puntianak! Dance untuk lagu <I'm Better> pun macam ada unsur zombie puntianak cemtu. Bagi aku Haru begitu menonjol sekali ketika itu. Ingatkan dia adalah ketua. Rupa-rupanya tak. Ahaha. Hopefully grup ini kekal lama dalam industri Kpop. MUSE, korang kena support 7 jejaka puntianak hensem ini okey! Biar setanding dengan grup Kpop yang lain.

CN Blue juga dijadikan giant poster!


Posted via Blogaway