LUHAN Wifeu


“don't give up on your dreams and keep working towards it.” – Luhan

#PrayForMH370
Monday, 10 March 2014 | 16:53 | 0 comments



Ahnyonghaseyo. Sejak hari Sabtu lalu Malaysia menjadi perhatian dunia selepas pesawat MH370 jenis Boeing 777-200 dilapor hilang daripada radar kira-kira dua jam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi menuju Beijing, China. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi. Hingga kini masih tiada sebarang kesan yang dapat mengesan dimana MH370 berada. So misteri right? Aku sekarang ni asyik tertanya-tanya dimana dorang berada. Walaupun bukan family aku yang berada didalam kapal terbang tersebut, but aku rasa sedih dan risau juga. MH370 membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal dan dua bayi. Kali terakhir pesawat itu dikesan di kawasan sekitar Kota Bharu, Kelantan menghala ke Laut China Selatan. Macammana lah ya keadaan mereka sekarang ni? Oh God, selamatkanlah mereka walau dimana mereka berada.

Isu kehilangan MH370 juga menjadi semakin hangat bila pelbagai spekulasi dan khabar angin yang bukan-bukan tercipta. Bila aku buka sahaja Twitter dan Facebook, penuh timeline aku pasal ni. Pelbagai info yang entah betul ke tidak diupdate sesuka hati. Hello guys! Kalau tak tahu apa2 better duduk diam saja. Jangan pula nak kecohkan keadaan. Lagipun benda ni hilang di udara dan pencarian juga diseluruh laut, darat dan udara. Bukannya misi mencari berus gigi terjatuh dalam lubang tandas! Bikin kaum kerabat mangsa tergores hati je.

Lagi satu aku sakit hati, cakap yang MH370 terhempaslah, mati kena bomlah, kena ambil oleh alienlah and macam2 lagi. Cuba you all bayangkan kalau your family ada dalam pesawat tu, apa you rasa? Of couse nak marah dan sedih rite dengan benda2 bodoh ni. Samalah dengan dorang. Beritanya tak jumpa lagi tup2 kata dah mati. Kesian kot their family bila you all cakap macam tu. Kata2 itu doa. Macam you pula mendoakan kematian dorang. So please please jangan buat macam ni. Aku pun bila baca rasa tersinggung juga even bukan family aku apatah lagi dorang yang mak, kakak and makciknya ada dalam pesawat tu. Better pray for them supaya dorang selamat dan harapan untuk pulang ke sisi keluarga masing2 sangat cerah.

Selain itu, ramai juga orang awam yang selalu mendoakan supaya dorang selamat. Hampir sedunia! Malah ada juga artis2 yang tweet di Twitter masing2 pasal kejadian ini dan mendoakan kesejahteraan penumpang MH370. Ini menunjukkan dorang semua prihatin dan ambil tahu pasal benda ini. Manakala ada seorang artis Malaysia ni yang membuat perkara ini sebagai bahan lawak dalam Twitternya. Benda ni tak lawak la der! Aku tak tahu apa yang dia fikir pasal kehilangan MH370. Ini melibatkan nyawa tau tak. Ish geram pula aku kat dia. Aku sejak dulu lagi tak suka kat dia sehinggalah kes dia dengan Kpop tempoh hari. Sekarang pasal ni pula. Bertambah tak suka! Hmm. Hati kering betul. Tak sesuai langsung dengan nama retis. Nak perhatian lebih kot. Memang patut kena bash.

Antara artis2 yang melahirkan kata2 simpati dan harapan kepada MH370.


Semalam masa aku otw nak pegi jawab test Financial Analysis, aku ada lalu jalan yang sangat menyeramkan. Masa tu dalam pukul 8pm. Sebelum aku pegi tu, my member bagitahu aku baik hati2 sikit jalan kawasan tu nanti tak pasal2 jumpa MH370 mendarat dan kau tengok semua penumpang muka pucat lesi sambil lambai2 tangan kat kau dan suruh kau naik ikut dorang sekali. Oh gosh! Seriusly aku takut! Dah la kawasan tu dah dicop berhantu. Sampaikan masa aku lalu tu terbayang-bayang kata2 member aku. Seram! Haha. Aku nak tidur malam tadi pun asyik terbayang-bayang benda sama. Hmm. Memang jahat gila member aku ni.

Hopefully, segala misteri dan penantian kita bakal terjawab! Aku betul2 berharap dorang semua terselamat dan nak sangat2 dengar cerita pengalaman dorang sepanjang berada dalam pesawat tu dalam tempoh hilang. Tiada apa yang boleh aku lakukan, hanya berdoa sahaja untuk keselamatan dorang. Harap2 semuanya selamat. Sekarang ni pun aku duk terfikir, dorang tengah buat apa eh? Tengah tidur ke, tengah baca paper pasal dorang ke atau sedang makan nasi lemak? Hmm. Moga2 dorang selamat dan pulang kembali. Kepada keluarga mangsa, semoga tabah menghadapi dugaan ini. #PrayForMH370

Posted via Blogaway