The Borak-Borak Session : Orang Muka Innocent 100% Baik Ke?
Tuesday, 15 April 2014 | 01:33 | 0 comments
Ahnyonghaseyo~ Topik minggu ini dalam The Borak-Borak Session ialah pasal orang yang bermuka innocent. Biasanya kalau cakap orang yang bermuka innocent ni orang yang tak bersalah, muka kesian dan macam tak sesuai lansung kalau dia buat jahat. Korang pernah jumpa tak? Or ada dalam kalangan kawan korang? Memang kalau kita tengok dia pun macam lemah, budak2 baik dan nerd je. Itulah antara ciri orang cemni. Tapikan, boleh percaya tak yang dorang ni memang baik? Ke hanya pakai topeng muka innocent untuk tutup segala kejahatannya? Ya! Mungkin juga. So bagi aku orang cemni 100% tak boleh nak dipercayai dan tak semestinya baik. Kenapa aku cakap cemtu? Baca sampai habis. Peace.
Aku berani cakap cemtu sebab aku dah ada pengalaman tentang orang2 cemni. Muka je innocent, tapi perangai haremm nak baik. Aku rasa lebih jahat dari muka yang nak macam gangster pecah rumah tu. Orang pertama biar aku gelarkan Mr. Tua. Kalau korang tengok muka dia konfem kata dia ni baik nak mampos dan mukanya persis orang lemah yang nak minta pertolongan. Aku yang berprasangka baik ini memulanya tak percaya juga orang kata yang dia ini kawan makan kawan macam puak Karnibal. Tapi bila dah kena batang hidung sendiri baru aku percaya. Apa yang dia dah buat? Ohh~ memang perangai jahat. First dia melagakan member aku semua. Dia persis watak Hanafi Su dalam filem <Laga>. Tak cukup dengan itu, dia mem-buruk2-kan aku depan member aku dan cakap aku ni jahat and tak boleh buat kawan and so on. Sah2 member aku tu tak percaya dengan si donggol ni. Serius aku cakap dia membawa sial dalam perhubungan aku dengan member lain. Sehinggakan berlakunya pergaduhan disebabkan mulut rabit dia tu. Bila berdepan dengan aku, baiknya sebaik Cinderella. Mulut pula semanis madu. Pandai dia buat muka innocent depan kami semua. Bila kat belakang, sah2 tikamnya sampai hancur! Inilah dia orang bermuka innocent yang sangat licik untuk memecah belahkan hubungan persahabatan kitorang bertahun lamanya. Sedangkan dia kami baru kenal tahun ini. So nampak tak jahatnya tu? Lebih parah, dia seorang pendendam. Ya! Dia berdendam dengan aku atas perkara yang remeh dan akan membalas balik dekat aku secara perlahan. Semua sifat busuk dia telah direkod oleh member aku semasa dia memburukkan aku dan mengaku dia berdendam dengan aku. Aku memang terkejut dan hampir tak percaya semua ini. Inilah dia orang muka innocent yang mulanya aku sangka sangat baik dan berbudi pekerti.
Second orang yang bertopeng innocent ini biar aku gelarkan Mr. Kurus. Mr. Kurus ini bila berdepan dengan orang luar, memang baik. Bila dengan orang yang dia kenal, perangainya bawah sikit dengan Hitler jahatnya. Orang luar akan nampak aku yang jahat padahal terang2-an dia yang jahat. Aku macam orang teranianya. Bila aku cakap benar tentang perangai busuknya, ramai yang tak percaya dan salahkan aku pula. Hmm lantaklah. Aku malas dah nak cakap apa. Dia ni suka mem-buruk2-kan orang secara halus. So orang tak nampak. Contoh kalau kitorang tengah cakap pasal si A, dia terus memburukkannya. Bila dia bersama si A itu dan bercakap pasal si B, dia akan memburukkan si B pula! Dan begitulah seterusnya. Dia ibarat sesumpah yang berubah warna untuk selamatkan diri. Tapi sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Perangai busuk dia ini akhirnya terbongkar dengan adanya rakaman perbualan dia dengan someone yang tengah memburukkan orang. Tapi apa yang aku nak highlight disini, beri keburukan kepada orang akan dapat keburukan itu juga. Minggu lepas dia excident motosikal! Aku terus memanjat kesyukuran kerana Tuhan telah membalas perbuatannya itu. Sungguh aku berharap dia sedar akan sikapnya itu. Muka je nampak baik tapi isi hati, macam jalan tar.
Dua responden tentang orang bermuka innocent ini sudah cukup untuk aku katakan yang orang jenis ini tak semestinya baik. Dan bagi aku orang yang bermuka pecah rumah tak semestinya jahat! Don't judge a book by it cover. Ketulusan hati bukan terletak di rupa paras. Hati budi orang kita tak tahu. Memang orang bermuka innocent ini nampak seperti orang baik2, tapi bila sikapnya jahat, maka jahatlah ia. Sekarang korang kena ber-hati2 supaya tidak terkena macam aku. Mudah layu dan lembut hati dengan orang seperti ini. Macam biasa kalau korang ada pengalaman macam aku dengan orang bermuka innocent ini atau ada pendapat lain atau ada komen bolehlah emailkan dekat aku di grgirang@gmail.com. Jumpa lagi minggu depan dengan topik lebih hangat. Thank you sebab baca. See you next week. Bye!
Posted via Blogaway