Kisah Percintaan Antara Lecturer Dan Student
Monday, 14 April 2014 | 17:51 | 0 comments
Ahnyonghaseyo~ Sejak bermulanya cuti semester, aku macam tak ada perkara menarik nak lakukan. Haha. Hanya buka Facebook, Instagram, Twitter, Wechat and Facebook balik. Macam tu lah sehari-hari aku. Macam tak ada lifekan? Tapi tak apa, aku suka cemni. Mesti korang cakap aku ni buang masa and better pergi cari kerja. Betul tak? Hello, aku sekarang ni pun tengah tunggu kerja tau. Aku dah hantar banyak resume minta kerja, dah dorang cakap tunggu dua tiga hari akan dorang call untuk interbiu. So aku tengah tunggu la ni. Okey, hari ini aku bukan nak cerita pasal cari kerja or rutin aku untuk cuti semester ni, but cerita pasal percintaan antara lecturer dan studentnya. Haa~ mesti korang nak tahu kan? So baca seterusnya. Ahaha.
Ini semua kisah dalam novel aku jumpa dalam almari buku kat rumah aku. Aku tak tahu siapa punya. Maybe my mom kot. Huhu. Novel <Suami Ekspres> karya Fieyta An Nisa. Amboi nama dia, vogeh gila. First time aku belek2 macam tak best je. Tak ada daya penarik. Last, aku try baca. Omg! Baru aku dapat feel yang novel ni best walaupun sekarang ni aku baru sahaja baca di muka surat 43. Huhu. Memang benar kata orang tua dulu2, "Tak kenal maka tak cinta" dan kata omputis, "Don't judge a book by its cover". So far, cerita dia best dan thorbaik!
Apa yang di-summary-kan dalam novel ini, Adriana Qistina merupakan student di UiTM Kuala Pilah dalam jurusan Diploma Sains telah jatuh hati (aku rasalah) dekat lecturer baru di kampusnya yang mengajar subjek Organic Chemistry. Dah la muda lagi handsome pula tu dan kulit putih macam Zain Saidin kot (ini apa yang aku bayangkan) iaitu Faris Ar Rayyan. Mereka sebenarnya tidak menunjukkan reaksi suka sesama sendiri tapi perasaan tertarik itu ada. Nak dijadikan cerita, ayah dorang merupakan kawan baik. Ustaz Haji Fahmi ayah kepada Faris dan Encik Nazri ayah kepada Adriana. Mereka sebenarnya tinggal berdekatan tetapi dorang tidak tahu. Dalam tiga bulan mendatang, Encik Nazri yang merupakan seorang jurutera dan isterinya Puan Aishah akan berangkat ke Jepun atas urusan kerja.
Encik Nazri berasa tidak sanggup meninggalkan anak gadisnya seorang diri semasa ketiadaannya. Fikir punya fikir, dia mendapat idea untuk mengahwinkan Adriana dengan Faris. Sebelum ini Encik Nazri telah melihat kebaikan dan perwatakan Faris yang baik dan dia berkenan menjadikan Faris sebagai menantunya. Mereka dijodohkan dengan pilihan keluarga. Alaa~ macam cerita <Vanilla Coklat> tu. Pada masa yang sama, Adriana menaruh hati dekat rakan sekelasnya, Aqil yang merupakan AJK tertinggi MPP dikampusnya. Mampukah cinta mereka menuju cinta Ilahi dan seterusnya menggapai syurga Ilahi? Pelbagai ujian datang menimpa dan kemunculan Aqil merupakan tamparan hebat buat mereka. Aku pun tak tahu kesudahan dia cemna. So sama2-lah kita baca. Tapi apa yang konfem mesti happy ending. Ahaha.
Bila aku baca novel ni, teringat pula dekat member aku yang juga bercinta denga lecturer sendiri. Masa tu baru sem satu kot dan umur pun belasan tahun. Ye lah lepasan SPMkan. Lecturer tu pula umur dah 25+. Percintaan dorang kekal selama satu sem. Apa yang aku tahu, keluarga masing2 tak setuju. Masa tu aku pun turut sedih. Hmm~ cinta memang tak mengenal usia dan sesiapa. Sampaikan aku pun terheret sekali dalam percintaan dorang. Nasib baik aku lulus subjek itu dengan jayanya walaupun keadaan macam tak terkawal masa itu. Terima kasih miss sebab tak capur adukkan soal peribadi dalam marking paper aku. Huhu.
Posted via Blogaway