LUHAN Wifeu


“don't give up on your dreams and keep working towards it.” – Luhan

The Borak-Borak Session : Mr. Jambang
Monday, 17 March 2014 | 00:16 | 0 comments


Ahnyonghaseyo~ Hari ini aku rasa nak describe tentang jambang. First of all, apa dalam fikiran korang bila tengok lelaki berjambang? He look maskulin? Macho? Gagah perkasa? Kasanova? Atau apa? Ini semua typical kita bila tengok lelaki extra bulu ini. Aku tak kata ia salah tapi betulkah lelaki itu seperti yang korang jangkakan? Ha~ itu adalah persoalan aku sekarang ini. Ada juga lelaki berjambang ini hanya menggunakan aset dia itu untuk menutupi kelemahannya. Dan ada juga lelaki hanya buat benda itu sebagai aksesori di muka. Biasalah ikut trendkan. Huhu. Bagi aku tidak semua orang sesuai mempunyainya. Kadangkala ia nampak seksi dan menarik, namun ada masanya juga boleh kelihatan hodoh dan menakutkan. Apa pun, trend berjambang kini kembali popular.

Dalam satu artikel aku baca, "suatu kajian yang  dilakukan ke atas wanita di United Kingdom, lelaki sekarang tidak lagi perlu mencukur bersih wajah mereka kerana wanita lebih tertarik kepada lelaki yang menyimpan jambang. Responden yang ditemui menyifatkan lelaki dengan jambang pendek sebagai gagah, matang, agresif, menonjol dan sasa. Lelaki dari kategori ini dianggap paling sesuai dijadikan pasangan romantik sama ada untuk hubungan singkat atau jangka panjang. Hasil kajian itu yang dijalankan ke atas wanita Britain berusia 18 hingga 44 tahun, mungkin menjelaskan tarikan yang dimiliki aktor seperti George Clooney dan Brad Pitt yang menawan ramai wanita dengan membiarkan wajah mereka tidak dicukur bersih. Bagi kebanyakan wanita, lelaki yang menyimpan misai, jambang dan janggut lebih terserlah sifat kelelakiannya berbanding lelaki tidak bermisai dan berjanggut yang ada kalanya mereka gelar jambu atau pretty boy. Misai dan janggut juga secara tidak langsung dapat membuatkan seseorang lelaki kelihatan lebih matang dan dominan, dua kualiti yang dicari rata-rata wanita". 

But bagi aku kajian ini tak serupa dengan apa yang aku alami sekarang. Aku ada roommates yang berjambang. Kerana dia, aku dapat menyangkal yang kajian itu tidak menyeluruh. Ahaha. Biar aku kenalkan roommates aku dengan nama Mr. Jambang a.k.a Mr. J bukan nama sebenar. Disebabkan dia juga aku jadi nak gelak bila tengok lelaki  berjambang lain yang poyo bersama jambang dikaler hitamkannya. Haha. Okey, disini aku akan statekan beberapa point yang jauh sekali dengan fikiran korang yang lelaki berjambang ini seksi, player dan sebagainya. Ini adalah kajian aku daripada Mr. J itu. Ye la diakan roommates aku so aku tahulah serba sedikit pasal dia. Huhu.

Mr. J ini luarannya nampak macam sasa dan gagah. Dalamannya pula sangat lembut tapi not pondan okey. Lembut yang aku maksudkan disini ialah cara percakapan, perbuatan dan perangainya. Dia bila bercakap dengan roommates aku yang lain, dia akan membahasakan dirinya dengan namanya sendiri. Dia takkan guna aku, kau, bro, lu and so on. Itu yang aku nampak dalam biliklah. Dekat luar tak tahulah pula. Dia akan guna ganti nama yang tak kasar. He is Kelantanese, and when dia bercakap, dia akan cakap kawe (saya). Then bila nak tanya orang lain akan cakap demo (awak). Macam tulah. Sampaikan roommates aku cakap dia ini tak padan dengan ada jambang cakap lebih dari perempuan eloknya. Tapi yang aku peliknya, bila dengan perempuan pula dia akan cakap guna aku, kau. Haha. Tak tahulah mana silapnya. Seriusly dia cakap macam tu.

Kalau korang cakap lelaki jambang ini gentleman, aku rasa korang patut fikirkan balik. Mr. J ini cepat merajuk dan mudah terasa hati bila tersalah cakap dengan dia. Ada satu hari tu, kitorang tengah buat group assignment tiba2 kawan aku ini cakap yang assignment tu macam tak sesuai dan perlu buat balik. Dia mula sentap dan terus blah tinggalkan bilik. Katanya kitorang tak hargai apa yang dia buat. Terus merajuk beb! Sampaikan rela tinggalkan Iphonenya dalam bilik yang selama ini asyik ada ditangan 24jam! Then kalau orang tak ambil kisah pada dia, dia akan diam dan tunggu orang lain pujuk and minta maaf.

Untuk mendapatkan jambang yang cantik, jom tengok tutorial ini dekat Youtube!


Lelaki jambang ini kalau kita tengok dari jauh dah macam gangster dan berani. Tetapi kalau Mr. J tidak. Buktinya, dia tak berani nak tegur or bagitahu sesuatu kepada orang lain. Contoh kalau dia nak marah, dia tak akan marah dekat orang itu walaupun orang yang dia nak marah itu ada didepan matanya sebaliknya dia akan marah dekat orang yang lemah dibawahnya. Huhu. Hari itu, masa nak siapkan assignment lagi, dia asyik mem-bebel2 dekat orang yang tak nak buat kerja. Bila ditanya kenapa tak marahkan terus dekat orang tersebut, dia balas dia malas nak ambil tahu and cari gaduh. Lol. Apa kes? Haha.

Mr. J juga kalau duduk dalam bilik serabainya macam orang tak mandi setahun! Kalau nak pergi kelas pula memang tampil maskulin dengan jambang dan misai yang dirias rapi ala ikon fesyen terkini, Wak Doyok! Kalau ajak girls yang ter-gila2-kan dia masuk ke bilik untuk tengok dia, konfem pengsan 40 hari. Haha. Oh ya, Mr. J memang suka selfie dan upload hasil selfienya ke IG. Rata2 gambarnya menayangkan weapon terbaiknya iaitu jambang  untuk memikat girls. Tapikan apa yang tak boleh blah, dia guna aplikasi Camera 360 untuk ambil gambar dan edit gambarnya. Dekat sini aku nak tergelak besar. Haha. Bagi aku Camera 360 ini just untuk girls dan orang2 sewaktu denganya. Macam tak sesuai pula bila dia guna. Huhu.

Dia pun kasanova ke? Oh tak~ Mr. J ini jadi mangsa permainan wanita. Dia banyak kali kecundang dalam percintaannya. Dia juga pernah menangis disebabkan ditinggalkan oleh seorang wanita. Dia bukan player but mangsa kepada wanita. Tak tahu dimana silapnya dia ditinggalkan dan dipermain oleh wanita. Bukan sekali malah ber-kali2. So lepas ini korang boleh hapuskan pemikiran korang yang lelaki berbulu di dagu ini seorang kasanova.

Itulah serba sedikit tentang Mr. J aku. Seriusly jauh sekali dengan apa yang kita lihat dimukanya. Sebab itu kita tak boleh judge orang melalui luarannya. So korang yang ada jambang tu tak payah poyo sangat okey. Dan dah nampakkan yang lelaki berjambang ini tak semestinya sama dengan apa yang kita fikirkan. Memang betul ada juga lelaki  berjambang ini gentleman, maskulin, dan so on, tapi  mungkin luaran sahaja. Apa yang aku tulis  berdasarkan roommates aku. Lain orang lain wataknya. So, kepada korang yang ada pendapat lain tentang lelaki jambang ini atau ada cerita mengenai borak-borak aku kali ini, bolehlah email dekat aku di grgirang@gmail.com untuk berkongsi. Ataupun korang tak setuju ke dengan  kenyataan aku ini, boleh juga email aku. Okeylah jumpa lagi kita di borak-borak session seterusnya. Bye!

Posted via Blogaway