LUHAN Wifeu


“don't give up on your dreams and keep working towards it.” – Luhan

Kerana Wak Doyok
Sunday, 11 May 2014 | 00:11 | 3 comments



Ahnyonghaseyo~ Heyy korang kenal tak Wak Doyok? Ofcoz kenalkan? Kalau tak kenal tak tahulah aku nak cakap apa. Bila sebut je Wak Doyok, konfem korang akan cakap pasal beard and misai dia yang lentik tu kan? Ya~ memang itu yang kebanyakan orang jawab. Orang akan cakap, "Wak Doyok mana? Yang ada misai putar2 and berjambang tu ea?". Itulah aku selalu dengar jawapan dari orang sekeliling aku bila tanya kenal tak Wak Doyok. Kalau tengok orang lain or member yang ada beard sikit konfem korang akan gelarkan dia Wak Doyok kan? Betul tak? Haha. Samalah dengan aku. Bukan apa senang nak menggambarkan seseorang itu dengan beardnya. Boleh dikatakan Wak Doyok sekarang ini ikon untuk para jambang sekalian. Huhu.

Bagi aku pula, Wak Doyok ini bukan sahaja bermotifkan beard and hujung misai macam kentang putar je, tapi dia seorang lelaki yang ohsem yang berani bergaya lebih dari lelaki biasa. Kalau tanya aku tentang Wak Doyok, aku terus cakap Wak Doyok yang selalu pakai baju and seluar kaler2. Haha. Aku suka tengok pic dia dalam Instagram miliknya. Semuanya nampak mahal dan diff. Walau pun ada orang cakap gila ke apa pakai kot tengah panas matahari, baju tak sesuai dengan iklim Malaysia, bajet Hollywood la apa la but, bagi aku dia unik dan tak pernah terfikir oleh lelaki lain nak pakai macam tu. Lecturer aku pernah cakap, kalau nak ambil perhatian orang, kita kena jadi lain dari yang lain dan berbeza, baru orang nampak kita. Ya~ memang itu Wak Doyok lakukan. And now see, semua orang memerhatikan diakan? Sehinggakan dilabel sebagai ikon fesyen.

Walaupun sesetengah gayanya tak sesuai dipraktiskan oleh kita dalam seharian, tapi benda lain boleh kot kita tiru. Contohnya, cara pakaian yang bermain kaler antara baju dan seluar, mix and match dan baju kemeja contohnya yang selalu digayakan dengan satu gaya, bila Wak Doyok pakai boleh jadi banyak gaya dan bervariasi. Itu semua kita boleh pakai and ikut.



Oleh sebab suka sangat tengok dia berfesyen, aku jadi nak tahu lebih lanjut pasal dia. Bila aku dapat tahu yang majalah Maskulin isu Mei 2014 menjadikan dia sebagai cover, terus aku beli. Huhu. Terima kasih be-ribu2 lemon kat Maskulin sebab tulis dan paparkan perihal Wak Doyok. Sedikit sebanyak aku dapat tahu tentang dia. Gigih tau pergi kedai buku se-mata2 nak beli Maskulin ni. Ini semua kerana Wak Doyok. Haha. Fesyen dengan Wak Doyok memang sepadan. Tak lebih dan tak kurang. Kini Wak Doyok sudah jadi selebriti tv. Korang tengok tak rancangan <Ke Korea Ke Kita?> and dalam drama <Jodoh 2>?. Korang memang rugi tak tengok Wak Doyok dalam drama tu. Dia just kameo je. Part di interbiu tu memang kelakar. Haha.

"Bagi saya untuk berfesyen, less is more. Senang sahaja untuk berpakaian seperti ini. Semuanya bermula daripada individu itu sendiri. Ikut minat dan kreativiti masing2, namun usah keterlaluan. Rasa panas ataupun tidak, terpulang pada diri masing2. Jika suka menggayakannya, mengapa perlu rasa panas? Pakai sehelai kemeja pun boleh jadi panas jika anda merasakannya, begitu juga sebaliknya" - Wak Doyok

Posted via Blogaway