LUHAN Wifeu


“don't give up on your dreams and keep working towards it.” – Luhan

Kesinambungan ENT. Fiksyen Peminat
Friday 18 April 2014 | 00:06 | 0 comments


Ahnyonghaseyo~ ramai tanya aku pasal siri novel grafik ENT. Fiksyen Peminat ini. Tidak dinafikan yang jalan ceritanya menarik ramai para Kpoppers kerana ada memakarkan syarikat SM Entertainment serta SHINee, TVXQ dan Girls' Generation! Selain itu jalan cerita sisi sebenar seorang idol juga turut dipaparkan dalam novel grafik ini. Btw, ada yang tanya aku bila volume seterusnya diterbitkan, kenapa di kedai tak ada jual lagi dan memacam lagi. Sekarang ini aku akan jawab semua persoalan korang tu. Hope ini dapat membantu korang. Huhu. Cekidout babeh!

ENT. Fiksyen Peminat sekarang ni telah pun keluar dengan vol 3 dan vol 4. So cepat2-lah pergi rembat sebelum kehabisan. Aku juga ada masalah dengan novel ini dimana hanya sesetengah kedai sahaja yang jual. Maybe aku rasa kedai2 lain lambat nak update novel grafik terbaru dipasaran. Hanya kedai2 buku besar seperti Popular dan kedai serbaguna 7Eleven je yang cepat jual. Kedai buku biasa ada yang ada tapi lambat dan ada tak ada langsung. Ini apa yang aku alami masa nak beli ENT. Fiksyen Peminat. Gigih der pergi merata cari last2 jumpa di 7Eleven tepi rumah. Haha. Kalau korang tak nak susah2 pergi cari macam aku tu, better beli online je. Maklumat lanjut korang nak order cemna boleh pergi website GempakStarz di sini -->  GempakStarz .



Aku juga sempat kopi and paste sinopsis untuk vol. 3 and vol. 4. So baca je lah sebagai preview. Huhu. Dalam vol. 3, jalan ceritanya ialah "Terdesak nak sorak hubungan sebenar diorang, Yujin tipu semua ahli Born on the Fourth of July mengatakan Somi tu girlfriend dia…?! Sebagai boyfriend Somi, Yujin dijemput ke parti staf SM Enternment tapi dia jaga dan ambil berat masa Somi pengsan sebab demam… Macam boyfriend betul pula?!! Sesuatu tak dijangka akan berlaku dalam hubungan diorang bila Max Changmin dari DBSK turut masuk campur".

Vol. 4 pula " Somi dan Yujin dah jadi pasangan kekasih. Segalanya berjalan lancar sehinggalah Yujin kenalkan Somi kat seorang dokor. Atas dasar percaya, Yujin bagi Somi pemacu USB. Namun insiden tak diingin tetap belaku. Ragam dunia hiburan Korea diwarnai artis SM Entertainment yang muncul dengan nama sebenar!".

Itu je yang aku dapat beritahu dekat korang. Kalau lebih2 tak surprise pulakan. Haha. Kalau korang nak kongsi novel ini atas pendapat korang or nak bagitahu part2 dalam novel ni yang sweet or anything pasal novel ni, korang boleh share dengan aku. Aku nak sangat2 dengar. Bolehlah kita ber-tukar2 cerita nanti. Korang boleh email aku di grgirang@gmail.com . Okeylah jumpa lagi di entri seterusnya. Bye!

Posted via Blogaway