LUHAN Wifeu


“don't give up on your dreams and keep working towards it.” – Luhan

Congratulations Taeminie!
Saturday 30 August 2014 | 01:19 | 0 comments


Ahnyonghaseyo~~ Heyy siapa ada tengok Music Bank tadi? Siapa yang tak tengok memang rugi sebab ramai idol yang buat comeback. Salah satunya ialah Abam2 Suju! Huhuhu. Aku tengok tadi pun just nak tengok performance dari BTS dan Boys Republic je. Untuk comeback kali ini aku tengok Super Junior nampak lebih matang dan berkarisma. Especially Siwon. Aku suka potongan baru rambut dia. Ahaha. Kali ini Suju comeback dengan lagu <MAMACITA>. Lagu ni bagi aku lembut sangat dan tak menonjolkan sisi gentleman ahli2-nya. Tapi nice untuk didengar.

Anyway, entri kali ini aku bukan nak bercakap pasal Suju but pasal SHINee Taemin! Oh my dear, Im so proud to you! Akhirnya minggu ini lagu <Danger> telah mendapat tempat pertama dalam carta Music Bank. Aku sendiri tadi macam tak percaya je. Ahaha. Terkejut jugak. Setelah mereleasedkan album mini solonya yang pertama <ACE> pada dua minggu lepas, inilah kemenangan Taemin yang pertama untuk dirinya yang debut sebagai solo! Big clap to him! Clap! Clap! Clap! Aku tak menaruh harapan yang tinggi untuk kemenangannya ini. Huhuhu. Ternyata Taemin telah membuatkan SHAWOL melompat kegembiraan.

Dengan mendapat point sebanyak 6,180 pada 29 Ogos, Taemin telah berjaya mengalahkan Jang Beomjun dengan lagunya <Difficult Woman>. Bila diumumkan yang lagu <Danger> mendapat nombor satu, aku hanya boleh tersenyum puas. Boleh kira hebat juga Taemin ni dan bukan calang2 penyanyi.

Taemin aku tengok masa itu sangat beremosi plus speechless. Dari kaca tv aku dapat lihat mata Taemin berair macam nak menangis. Ohmy time tu juga aku macam nak turut menngis. Walaupun begitu, Taemin tetap melemparkan senyuman manis kepada semua dan sempat juga dia memberikan kata terima kasih. Antaranya ialah kepada Lee Sooman serta other SM Executives, manager Jinie, members SHINee dan SHINee World yang telah membantunya untuk mendapat tempat pertama.

Tahniah sekali lagi aku ucapkan kepada Taemin di atas kemenangan pertamanya ini. Aku harap Taemin berusaha lebih keras lagi untuk mengekalkan kedudukannya untuk minggu2 seterusnya di Music Bank dan mendapat nombor satu juga di acara lain. So, SHAWOL! Buatlah kerja2 anda! Huhuhu. Hwaiting!

Posted via Blogaway