LUHAN Wifeu


“don't give up on your dreams and keep working towards it.” – Luhan

Diet Berkesan Artis Korea
Wednesday 17 September 2014 | 19:11 | 0 comments

Ahnyonghaseyo~~ Sekarang ni banyak produk pelangsingan badan dijual. Maybe ini berlaku disebabkan permintaan ramai orang kita untuk kurus! Tidak dinafikan yang produk cemni penting untuk seseorang yang ingin kurus. Selain diet yang sihat, produk pelangsingan ini juga ibarat supplemen untuk tubuh kita untuk mendapatkan tubuh yang ideal.

Memang semulajadi kita sebagai manusia untuk tampil menarik di depan khalayak. Jika wanita ingin tubuh langsing dan hot seperti Miranda Kerr, Gong Li dan Yoona, lelaki pula ingin tubuh sado seperti Rain, Taylor Lautner dan Zul Ariffin. Dengan rejim diet yang ketat dan sihat, kita mampu memiliki bentuk tubuh seperti mereka yang di idamkan.

Bukannya aku nak cakap yang orang punya tubuh comel chubb chubb tu tak cantik dan menawan. Aku just nak kongsikan dengan korang beberapa artis Kpop yang dulunya mempunyai badan yang montel kita berubah menjadi jelitawan dan katang. Aku pun macam tak percaya yang dorang mampu berubah secara mendadak. Jika lihat gambar dorang masa dulu2 pun aku macam tak kenal dan langsung tak terfikir yang dorang akan jadi artis popular!



Nak seribu daya dan tak nak seribu dalih. Kalau kita mahu berubah, kita akan berusaha ke arah itu. Aku bangga dan tabik dekat dorang ni semua kerana telah menyekat dakwaan sebelum ini yang golongan lebihan berat badan ini tidak mampu menjadi cantik dan handsome. So korang yang nak jadi macam mereka kenalah bersabar dan terus berusaha untuk mendapatkan badan yang di idamkan.

Korang jangan pula terlalu ghairah nak kuruskan badan sehinggakan berdiet secara tak sihat seperti tak nak makan seminggulah, exercise dengan melampau, muntahkan balik makanan yang telah dimakan sehinggakan mendapat penyakit lain dan membahayakan diri sendiri. No no no. Korang kena ingat tau kalau terlalu kurus pun belum tentu takde penyakit dan kalau korang nak tahu, nak jadi model pun tak boleh terlalu kurus! Nasihat aku, kalau nak kurus, berdietlah dengan betul. Jumpa pakar kesihatan untuk ambil pandangannya. Jangan nak memandai telan pil kurus itu, pil kurus ini. Last last, jadi orang lidi. Tak ke merana diri?


Posted via Blogaway