LUHAN Wifeu


“don't give up on your dreams and keep working towards it.” – Luhan

Annyong Rise~~
Monday 8 September 2014 | 13:31 | 0 comments


Selepas bertarung nyawa selama lebih kurang seminggu, akhirnya Ladies Code Rise tidak dapat bertahan dengan menghembuskan nafasnya yang terakhir semalam di Hospital Suwon pada 10.10 pagi waktu tempatan. Kerana kegagalan tekanan darah. Berita sedih ini sedikit sebanyak memberi tamparan buat fans Ladies Code dan members yang lain. Aku juga turut bersimpati keatas mereka. Setelah Eun B, kini giliran Rise pula. Kemalangan tragis ini telah meragut dua orang members sekaligus.

Semasa kemalangan haritu pun Rise memang mengalami kecederaan yang teruk di kepala. Pembedahan juga turut dilakukan keatasnya untuk menstabilkan dirinya. Namun ketentuan telah tertulis yang Rise tidak dapat diselamatkan. Semasa saat2 akhir Rise, ahli keluarganya datang  dari Jepun berada bersamanya serta ditemani juga pekerja agen Ladies Code yang lain. Rise meninggal pada usia yang sangat muda iaitu 23 tahun. Hmm~~ (T_T)

Menurut agensi syarikatnya, Polaris Entertainment, dorang telah mengesahkan yang acara pengkebumian Rise akan dilakukan di Korea University Anam Hospital di Seoul pada 9 pagi esok. Nampaknya hubungan persahabatan antara mereka dibawa hingga ke mati. We love you and will always miss you both forever. #GoodnightAngels #RIPRise #RIPEunB #StayStrongLadiesCode #PrayForLadiesCode



Posted via Blogaw