Ini Malaysia Kita!
Sunday, 31 August 2014 | 12:49 | 0 comments
Knock! Knock! Knock!
Who's this?
I'm Tang
Tang? Tang mana?
Tanggal 31 bulan 8 57 Merdeka! Merdeka!
Who's this?
I'm Tang
Tang? Tang mana?
Tanggal 31 bulan 8 57 Merdeka! Merdeka!
Ahaha~ Ahnyonghaseyo~~ Hari ini merupakan hari yang bermakna bagi Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia! Ya! Sudah 57 tahun Malaysia tanah tumpahnya air mataku berdiri teguh without any penjajah. So proud to be one of Malaysia. Tahniah Malaysia di atas pencapaian ini.
Selama 57 tahun juga Malaysia telah banyak mengharungi suka duka. Selama itu jugalah semua bangsa bersatu teguh berdiri bersama untuk mengekalkan keharmonian ini. Aku rasa aku cukup bertuah sebab Malaysia walaupun kecil tapi berwawasan tinggi setinggi Gunung Kinabalu plus KLCC! Tak dapat nak ungkap dengan perkataan betapa syukurnya aku dilahirkan disini. Sob~ Sob~ 57 tahun tu kalau orang, dah tua ada anak cucu sendiri. Walaupun dah tua, Malaysia tetap muda dengan berlari ke arah negara maju!
Selamat Hari Merdeka kepada semua Malaysian and happy holiday. Tahun ni aku menyambut merdeka bersama Astro. Ahaha~~ Sangat2 merdeka sebab boleh layan semua channel. HeHeHe.Thank you to Astro too. Oh ya! Apa yang best merdeka kali ini, Google ada memberi penghormatan kepada Malaysia dengan meraikan merdeka negara kita with their gojes tulisan Google dengan bunga raya our bunga kebangsaan! Terharu meh. Wuwuwu~~
Okay lah to all Malaysian, pleaselah jaga Malaysia ni dengan baik2. Susah payah berjuangan terdahulu nak merdekakan Malaysia tau. So kita kena sambung amanat ini sampai bila2 dan jangan sia2-kan. Dengan bersatu teguh antara kita sahaja dapat menjadi tulang belakang kejayaan Malaysia. Terima kasih kepada pahlawan terdahulu. Aku sebagai generasi baru ini amat menghargai segala perjuangan korang and hanya terima kasih sahaja aku dapat membalasnya. Syukur aku membesar disini. Selamat Hari Merdeka Malaysia! #iniMalaysiaKita #merdeka57 #disinilahirnyasebuahcinta #proudtobeMalaysian
Posted via Blogaway