LUHAN Wifeu


“don't give up on your dreams and keep working towards it.” – Luhan

Kesian Budak Darjah 6
Sunday 14 September 2014 | 13:12 | 0 comments



Ahnyeonghaseyo~~ UPSR tahun ni ibarat satu penyeksaan buat semua pelajar darjah 6. Mana taknya sebab ditangguh lebih lama gara2 soalan bocor. Kesian jugak aku dekat dorang semua. Ye lah baru nak feeling merdeka tup tup nak merdekanya lama lagi. Ibarat komunis menyerang dorang balik tanpa henti! Nasib baik tak mati semua. HuHuHu~~

Bila terjadi cemni mesti ada pelajar yang suka dan tak suka. Yang sukanya sebab boleh study banyak lagi dalam tempoh penangguhan UPSR ni. So bolehlah cover yang mana tak sempat haritu. Nak pergi kelas tuisyen lagi pun boleh. Kiranya kalau nak jawab soalan lepas ni dah tak takut sebab ilmu penuh di dada. HiHiHi. Tapi yang tak bestnya penangguhan ini ibarat satu penyeksaan jiwa yang amat dahsyat! Ye lah lama kot nak tunggu. Konfem tak lena tidurnya makin men-jadi2. Ahaha~~ Nasib baik UPSR 2014 ni tak dibatalkan. Kalau tak, tahun depan konfem takde pendaftaran untuk form 1.

Bagi aku, perbuatan individu ini amat tidak bermoral dan sangat2 menyusahkan semua orang. Betullah kata orang dulu2, kerana nila setitik habis susu sebelanga. Disebabkan perbuatan bodoh dia, semua pelajar darjah 6, guru2 dan ibu bapa menanggungnya. Tak kesian ke dekat budak2 ni? Adoilahh kalau nak untung pun tengok juga keadaan sekeliling. 473,175 budak yang feeling nak merdeka awal terpaksa ditangguh!

Sekarang ni Pengarah Lembaga Peperiksaan digantung tugas. Hope dia boleh menjawab semua permasalahan ini dan pengkhianat lainnya ditangkap dengan segera! Cikgu aku ada cakap yang lembaga ini sangat misteri dan seram lagi2 kita tak tahu apa dia nak. Itulah bahayanya lembaga. Kita tak tahu dia tu siapa baik ke jahat ke. Baru lah sekarang aku faham apa yang cikgu aku cakap haritu. Memang betul lembaga ni kita tak boleh nak ramal.

Kepada pelajar darjah 6, hope korang tabah ya. Ini memang betul2 ujian. Ambil lah kesempatan yang diberi ini untuk study lagi. Buat persediaan lebih dari sebelum ni. And kepada polis, cepat2 tangkap individu yang tak bertanggungjawab ini sebab perbuatannya telah mengkhianati rahsia negara untuk kepentingan sendiri! Hope balasan setimpal diberikan.



Posted via Blogaway