LUHAN Wifeu


“don't give up on your dreams and keep working towards it.” – Luhan

Kempunan Nak Tengok Exo Live!
Saturday 20 September 2014 | 11:15 | 0 comments


Ahnyeonghaseyo~~ Semalam bermulalah perebutan pingat dalam Asean Game apabila telah dirasmikan pembukaannya di Incheon Asiad Main Stadium. Aku eksaited gila nak tengok pembukaan dia sampaikan tunggu depan tv dari pukul 2pm lagi walaupun live acaranya start pukul 6pm. Ahaha. Memang tradisi aku \cehhh/ duduk depan tv tengok benda ni tak kiralah sukan apa pun. Aku suka tengok persembahan dorang, pembarisan kontinjen dan semualah. Lebih lebih lagi firework. Phewww~~ buat mata aku terpukau! Ahaha.

Kali ni Asean Game sangat special kot sebab buat kali ketiga diadakan di Korea dan kali ini di Incheon! Bila sebut je Korea, ada satu benda yang aku tunggu, iaitu persembahan dari artis Kpop. Ahaha. Sedari awal lagi aku dah tahu yang EXO, JYJ, BIGBANG, CNBlue, KIM SOO HYUN dan PSY akan buat persembahan. Aku nak tengok EXO je sebab dah lama aku tak tengok dorang perform secara live. Memang eksaited berganda aku semalam. Huhuhu. Rela tak pergi kemana sebab nak tengok dorang secara live!

Bila Astro buat liputan, besar harapan aku nak tengok dorang perform lagu Growl dan Wolf sebab aku tahu yang Astro memang thorbaik buat liputan live. So aku tunggu je lahh. Bila pukul 6pm tepat aku terus tukar chanel. Masa tu aku yang control remote so aku yang berkuasa. Ahaha. Bila dengar je suara pengulas then lagu Growl mula berbunyi, aku tak senang duduk. Nak menangis pun ada semalam. Ahaha. Ye lah dengar lagu fev aku. Aku terus kuatkan suara tv. Aku perasan kenapa tv aku ni gambar tak gerak? Gambar dia dari atas stadium je kot dari mula aku tengok. Aku ingat masalah line ke apa. Tapi tak sebab suara pengulas bunyi masa tu. Masa tu dah separuh lagu Growl. Aku memang panas gila!

Memang sakit hati betol sebab aku tak dapat tengok EXO! Gila apak bengang gila semua pasal EXO kecik macam semut. Ahaha. Aku macam nak meraung masa tu sebab dorang tak zoom fokus EXO! Aku nampak EXO macam semut tengah gerak gerak! Adoiii~~~ Kamera pula duduk atas stadium kau apa kat situ? Aku nak tengok EXO lahhhhhh. I'M WAIT FOR A FEW HOUR JUST TO WATCH EXO AND THIS IS WHAT I GET? Harapanku musnah hancur berkecai! Harapkan Astro, Astro takde kamera lebih. Miskin! Member aku cakap yang dorang dapat siar audio je. Hmm~~



Lepas je EXO buat perform, helok helok je kamera zoom persembahan seterusnya! Memang saje nak bikin semua EXO-L kempunan tak dapat tengok EXO secara live. Bila aku tengok dalam Twitter rata ratanya semua tak puas hati! Not fairlah buat cemni. Bengang gila semalam. Ayah aku masa tu cakap kalau nak zoom dekat bayar lebih lahh. Ahaha. Okay aku faham. Ahaha.

Don't worry to all EXO-L, kita masih ada senjata rahsia kita. Ahaha. Kita ada Youtube! Penyelamat kita! Ahaha. Kita tengok puas puas EXO dalam Youtube okeyy. Ahaha. Aku lepas ni tak nak bagi harapan yang tinggi dekat Astro lagi. Tapi tak dapat tengok EXO, aku dapat tengok duta Asean Game JYJ dan PSY perform pun kira okaylah. Overall pembukaan semalam bagi aku macam live konsert pula. Macam bukan Asean Game. Ye lah hiburan dorang banyak ke arah Kpop. Kebudayaannya ada just tenggelam dek Kpop wave. Apa pun aku terhibur juga walaupun frusted tak dapat tengok EXO secara live. Yang dapat tengok hanya semut hitam! Huh!

Posted via Blogaway