LUHAN Wifeu


“don't give up on your dreams and keep working towards it.” – Luhan

Ok Apa Hidup Single
Tuesday, 17 June 2014 | 10:35 | 0 comments


Ahnyonghaseyo~~ zaman sekarang kalau tak ada kapel mesti rasa diri ini tak sesuai hidup di Bumi. Jika dilihat sekeliling pun rata2 semuanya ada pasangan. Cer korang lihat kucing, burung, pokok bunga mawar kan semuanya dah berpunya. Bila tengok diri sendiri, hmm~~ jenuh menunggu sang charming melamar dengan kuda gagahnya. Ye lah, bila bersoal tentang kapel ini, list memang tinggi. Nak yang handsome macam Chanyeol, nak secantik Yoona dan memacam lagi. Demand gila kan. Haha. Bila ditanya kenapa letak list kalahkan Kim Kardashian tu, katanya nak kapel yang perfect seperfect diri sendiri. Hello adik manis, tak ada manusia yang perfect di atas muka Bumi ini. Take note ok!

Bila pergi mall pula, semua duduk eksen kapel masing2. Berpegang tangan tanda sayang. Ohmy sweetnya korang. Hayung tangan kapel pula setinggi mungkin nak show off kat public. Bila mak suruh pegang tangan dia takut hilang dalam mall, malu pula. Aishh~~ korang ni. Sekarang ni budak sekolah pun dah pandai kapel. Aku tengok lebih upgrade dari orang dewasa punya. Tahap kapelan dorang tu sangat rare!



Kalau korang yang dah sangap nak kapel tu, aku rasa baik ber-hati2. Bukan apa takut diri korang diperguna oleh orang yang tak bertanggungjawab. Ye lah, bila dah nak sangat kapel tu, korang just semberono pilih siapa2 pun asalkan ada kapel. No no no kata Apink. Cari kapel bukan semudah korang hafal lagu Overdose ok! Ia mengambil masa yang agak panjang mengikut selama mana korang nak. Korang juga akan ikut je apa yang dia suruh dan sanggup buat apa sahaja demi sebuah cinta ekspress korang tu. Please guys! Kesiankan kat diri korang tu.

Kalau nak mula kapel tu, mengayat pasti power beb! Kalau tak, konfem2 korang direject masuk dalam tong sampah. Kalau girls, biasanya dia akan cair dengan ayat2 manis seorang lelaki. Maksudnya ayat jiwang tahap ke-7 sampaikan girls boleh rasa dirinya cair macam coklat Cadburry cair dalam mulut dan rasa dirinya rebah terlentang bila dengar ayat2 cinta sang lelaki. Untuk lelaki pula, konfem meleleh tengok girls yang shantek dan ada shape. Katanya sesuai untuk buat baka  tujuh keturunan! Tapi sekarang itu semua lelaki dah tak pandang dah. Apa yang spesies aku pandang ialah tahap sopan santun yang tinggi dan ada adab plus yang tutup aurat. Ofcoz la kan. So kalau korang tak pandai buat ayat jiwang nak tackle girls seindah puisi William Shakespears baik tak payah nak mengada nak kapel. Sama juga untuk girls yang tak pandai jaga maruah diri. Lelaki tak nak ok. Melainkan korang ada weapon cinta sendiri untuk cari kapel. Itu you punya hal lah. 



Sebenarnya hidup single ni banyak kelebihannya. Cuma sesetengah orang yang tak nampak. Bila sebut je single, orang cakap tak laku and so on. Inilah mentaliti orang kita. Contoh aku bagi kelebihan single ini ialah jauh daripada masalah sosial dan konfem2 gangguan seksual akan ada walaupun tahap biasa2. Jika dilihat sekarang, golongan yang ada kapel inilah yang menyumbang kepada peratusan kes pembuangan bayi, melakukan seks bebas, melakukan aksi daring dan sewaktu dengannya. Ye lah, bila dah kapel semua rela bagi sebab katanya tanda sayang bersama. Wak lu! Bagi single pula bebas dari menambah dosa free macam tu. Kan baik cemtu. Tengok je gambar kat bawah ni. Geli tak? And apa yang membanggakan berkapel kalau buat benda tak senonoh macam tu? Nothing!



Then kalau single ni korang boleh lakukan apa sahaja tanpa memikirkan siapa2. It means korang tak payah nak susah2 jaga hati kapel takut cemburulah, marahlah and so on. Bila single kita boleh jaga hati sendiri dan boleh nak add awek cun dalam Facebook sesuka hati dan add abang body katang masa look around dalam Wechat. Tak ada siapa nak marah beb. Apa yang best tak ada orang kongkong kita and dapat hidup dengan aman bersama family and kawan2 tercinta. Kita ada masa lebih untuk spend time with them. Lepaking, hanging and tonton wayang. Thats so priecous moments if do with family and friends!

Konklusinya, tak mati pun hidup single. Kalau korang fikir single ini hidupnya tak awesome dan keseorangan, baik buang jauh2 pemikiran macam tu. Kan kita masih ada family tercinta and member yang happy go lucky bersama kita? Merekalah akan mewarnai hidup kita. Lagipun mereka ni lebih baik dari kapel tau. Apa yang penting, Tuhan sentiasa bersama kita. Percayalah, hidupan di dunia ini diciptakan berpasangan. Tak payah risau tentang status single tu sebab suatu hari nanti korang akan dapat pasangan korang tu. Cuma cepat atau lambat je. Positifkan diri fikirkan korang single sekarang ni maybe Tuhan telah aturkan sesuatu date yang indah bersama pasangan korang yang terbaik dalam dunia ini. So korang tunggulah kedatangan Mr and Ms Right korang tu. Itulah apa yang aku selalu fikirkan! And sekarang aku rasa seronok bila single and bangga jadi single!



Posted via Blogaway